Bomba selamatkan mangsa terperangkap dalam kereta

JOHOR BAHRU: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri menyelamatkan tiga lelaki yang terperangkap dalam kereta ketika banjir kilat di Jalan Central 24, Taman Nusa Central di Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 2.46 petang.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati sebuah Proton Exora dan sebuah kenderaan pancuan empat roda terperangkap dalam banjir kilat.



“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam kereta berkenaan. PKO segera bertindak menyelamatkan mangsa dari kenderaan berkenaan dan dibawa ke tempat selamat dengan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD).

Annuar harap Anwar Selamatkan Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button