BN akan letak lebih ramai ‘muka baru’ pada PRU15

 

Barisan Nasional (BN) akan meletak lebih ramai ‘muka baru’ bagi menghadapi Pru15 akan datang bagi memberi nafas baru kepada pengundi.

Pengerusi BN, Dato Seri Zahid Hamidi menyatakan Umno tidak ketandusan tokoh muda. Selain itu pemimpin NGO yang berpengaruh turut akan diketengahkan sebagai calon baru dalam politik perdana. 



“itu adalah sesuatu yang wajib, nafas baru, wajah baru, darah baru harus dikemukakan..kerana kita tahu citarasa pengundi telah bertukar”

“apatah lagi jika pengundi 18 tahun akan buat pertama kalinya akan diizinkan untuk memilih, maka kita tentunya melihat hakikat ini situasi politik baru”

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif segmen Anda Musykil Kami Terjah.

 



Zahid Hamidi - Muka baru Umno

Bila ditanya kategori muka baru yang akan dikemukakan, Zahid merujuk kepada sayap Umno terdiri daripada Pemuda, Puteri dan Wanita Umno perlu diketengahkan.

Selain itu tokoh muda yang berpotensi juga akan digilap Umno untuk menjadi calon muka baru kelak.

“Kenapa MIC terasa sangat?” Zahid tempelak MIC



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button