JAM TOK TI RM1 JUTA – IQBAL PUN TAK MAHU TERTINGGAL KERETAPI… DAKWA GEMAR JAM YANG SAMA

Gara-gara jam Datuk Siti Nurhaliza yang didakwa pengguna Tik Tok berharga RM1.1 juta, akhirnya Iqbal dilihat tidak dapat menahan rasa lantas memberi komen dimedia sosial. Dakwa lqbal, dalam satu komennya di TikTok itu… jam yang dipakai Siti turut menjadi kegemarannya.

“Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. “Ini antara brand kegemaran saya,” tulisnya penuh makna.



Sebelum ini, bekas pembantu usahawan Datuk Seri Vida itu juga pernah mempamerkan jam mewahnya bernilai lebih setengah juta ringgit apabila dia memuat naik sebuah video membeli dua jam jenama Hublot.

Komen usahawan yang kini bergelar penyanyi itu secara pantas telah menjadi perbualan netizen, khususnya peminat Siti Nurhaliza.

Dakwa segelintirnya, Iqbal seolah mahu menumpang populariti, tidak kurang juga yang mendakwa dia sengaja mahu menunjuk kekayaan melebihi orang lain.



“Brand kegemaran pulak, nak bagitahu yang dia pun boleh beli juga”

“Mahal-mahal saja kegemaran dia”

“Yang branded je semua mengaku dia pun ada juga,” komen mereka dipetik sebagai berkata.

Untuk info, selain Siti, jam tangan mewah buatan Swiss itu juga pernah dipakai oleh beberapa selebriti ternama seperti Cristiano Ronaldo, Kylie Jenner, Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Ed Sheeran dan ramai lagi… lapor Gempak.



 

JAM TOK TI RM1 JUTA – IQBAL PUN TAK MAHU TERTINGGAL KERETAPI


Disyorkan Untuk Anda :




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button