Perikatan Nasional dijangka kalah teruk PRN Melaka

 

Oleh Amran Klebang



Perikatan Nasional dijangkakan akan kelah teruk dalam PRN Melaka pada 20 November 2021.

Parti itu dijangkakan kalah berdasarkan tinjuan rambang yang dilakukan bersama pengundi Melaka.

Walaupun nampak PN kuat namun dari sokongan diatas kertas undi tidak akan menyebelahi PN kerana ‘taboo’ PPBM pernah bersama Pakatan Harapan meninggalkan kesan terhadap pemikiran rakyat.

PRN Melaka ; Rafiq ‘lari’ ke Telok Mas untuk jadi Ketua Menteri?



PPBM sebagai tunjang utama Perikatan Nasional menghadapi masalah semasa mahu menamakan calon mereka kerana ketandusan calon yang ‘boleh menang’.

Untuk berharap kepada Gerakan dan PAS, prestasi kedua-dua parti itu tidak memberangsangkan malah PAS dikatakan berdepan protes secara senyap dari akar umbi mereka sendiri.

PRN Melaka – PAS kekal bersama ‘mirip’ pelaku semburit

Gerakan yang mempunyai rekod buruk dalam PRU14 telah meninggalkan BN tanpa mempunyai 1 kerusi di parlimen mahupun DUN. Hanya selepas kejadian ‘lompat parti’ barulah Gerakan nampak bernafas sedikit.



PAS Melaka pula langsung tidak mempunyai wakil dalam DUN selepas PRU14 namun bercita-cita tinggi sehingga sanggup mengenepikan semangat Muafakat Nasional. Ini mendatangkan kegelisahan ahli PAS Melaka yang terpaksa menggunakan lambang PN dan tidak lagi lambang sebenar PAS di PRN Melaka.

PPBM pula berdepan dengan kontroversi seorang calon mereka yang mendedahkan berlaku tawaran daripada Pengerusi Perikatan Nasional Melaka untuk dijadikan calon mereka di satu DUN. Malah konflik dalaman PPBM terjadi apabila Mas Ermieyatie turut dicalonkan di Tg Bidara. 

Perikatan Nasional rasuah calon PRN Melaka?



Dimanakah ‘maruah’ Pengerusi PN Melaka apabila digembar-gemburkan Mas Ermieyatie akan diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan selepas PRN Melaka? 

Kedudukan Mas di kerajaan pusat sudah cukup memberi kredit kepada beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri wanita pertama di Melaka. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button