PRN Melaka ; Rafiq ‘lari’ ke Telok Mas untuk jadi Ketua Menteri?

Rafiq

 

Bekas Adun Paya Rumput, Mohd Rafiq Naizamohideen dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi beliau.



Beliau dikahabarkan akan berpindah ke Telok Mas sebagai persediaan untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Walaupun menang kerusi Paya Rumput dengan majoriti 4,259, semasa Rafiq bertanding atas tiket Pakatan Harapan, nampaknya amjoriti itu sudah tidak dapat dikekalkan.

Cara Rafiq sudah mula menerapkan ciri-ciri politik DAP yang mengamalkan ‘politik nomad’ ke Perikatan Nasional.

Politik nomad yang diamalkan DAP adalah perkara biasa yang dilakukan pemimpin DAP setiap kali PRU diadakan.



Ini bagi menjamin kerusi mereka (DAP) tidak terjejas kerana gagal menjadi wakil rakyat yang baik di satu-satu tempat untuk tempoh panjang.

Satu-satunya kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ada di Melaka ialah Paya Rumput selepas Fendi Ahmad disingkirkan dari parti itu.

Fendi, Idris Haron, Norhizam dan Nor Azman adalah 4 bekas Adun yang telah menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka. Oleh demikian satu Pilihanraya Negeri akan diadakan pada 20 November 2021 bagi mencari mandat baru membentuk kerajaan.



Sebenarnya apa yang ditakutkan Rafiq jika beliau benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat khususnya di Paya Rumput? Seorang ahli politik, sekiranya telah melakukan yang terbaik untuk kawasan yang diwakili sudah pasti akan terus menerima sokongan tempatan.

Membaca gaya politik Rafiq seperti menunjukkan sesuatu yang tidak betul telah berlaku di paya rumput sepanjang beliau berkhidmat sebagai ADUN.

Hanya pengundi Paya Rumput tahu kelemahan serta kegagalan Rafiq.

Kini beliau sudah pasti telah bersedia ‘melarikan diri’ untuk membuat janji baru di Telok Mas.



Adakah Fendi akan memberi laluan mudah kepada Rafiq?

PRN Melaka; Perikatan Nasional ‘kaki sakau’ & ‘kaki ciplak’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button