PPBM BERGOLAK – ARMADA ‘SYED SADDIQ’ AKAN ‘LANGGAR’ PRESIDEN DEMI ‘BEKAS BAKAL PM KE-8’?
Siapa Arahkan ARMADA Keluar Kenyataan Kembali Ke Pakatan Harapan
Sepucuk surat dikeluarkan ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan pendirian mereka dalam hal kerjasama politik PPBM – UMNO petang tadi. Dalam kenyataan tersebut ARMADA berpendirian menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan mahu PPBM kembali bersama Pakatan Harapan bagi membentuk semula kerajaan.
KENYATAAN ARMADA MENOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO
Antara ketetapan yang dilampirkan dalam kenyataan ARMADA ialah
- Menyokong penuh pendirian Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir untuk tidak bekerjasama dengan Umno
- Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pru14 dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan
Diakhir perenggan juga ada tertulis pendirian tersebut berdasarkan undian semasa perjumpaan dan dipersetujui oleh 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali.
KERAKUSAN SERPIHAN PPBM UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN PLUS
Apa yang dihasratkan ARMADA bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir juga ada mengeluarkan kenyataan menggesa agar mereka (PPBM) kembali bersama PH. Secara tidak langsung pendirian Armada ini sebenarnya adalah protes terhadap Presiden PPBM sendiri yang serpihan PPBM gelarkan sebagai ‘Pengkhianat’ kerana menarik sokongan PPBM kepada PH ketika krisis pergolakan perebutan kuasa berlaku dalam Pakatan Harapan akhir Februari 2020 hingga membawa tumbangnya PH selepas 22 bulan memerintah. Lebih menyakitkan ‘Hati’ PH, Muhyiddin kemudiannya bekerjasama dengan BN, PAS dan GPS serta bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bersama beberapa tonggak PKR membentuk sebuah kerajaan yang dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’. Pada dasarnya PN hanyalah kerjasama ahli parlimen bagi membentuk kerajaan stabil setelah PH tumbang dan tiada sebarang perjanjian akan kekal menjelang Pru15.
PERSEDIAAN PKR TERIMA SERPIHAN PPBM
Persoalan besar yang perlu dijawap Armada ialah dimanakah kesetiaan mereka kepada Presiden PPBM? Tidak mungkin tiada keuntungan politik buat Armada untuk kembali ke PH selepas mereka ‘diludah’ dan dilabelkan sebagai pengkhianat. Persoalan paling utama, siapa yang membawa agenda tersebut dan menetapkan pendirian tanpa merujuk kepada Institusi PPBM terutama Presiden? Mungkin Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempunyai jawapan bilangan sokongan serta kesahihan sokongan seperti didakwa dalam kenyataan Armada. Beranikah Syed Saddiq menunjukkan bukti jelas sokongan dan siapa kalangan Armada Malaysia yang menyokong pendirian Armada?
Rakyat kini boleh menilai siapa sebenarnya yang tiada pendirian dan pihak manakah yang sedang cuba meraih kesempatan tatkala negara sedang berusaha memulihkan keadaan pandemik covid19 yang melanda. Bermain politik murahan seperti makanan ruji buat serpihan PPBM dan mereka mula menjadi semut yang menghurung gula-gula yang diumpankan pihak lain. Sampai bila mereka (Pakatan Harapan) akan bermain politik demi kuasa dan hanya untuk memenuhi impian bekas bakal PM Ke-8?