Sahur Najib, berbuka Najib, moreh pun Najib

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir terus menerus menulis perkara berkaitan Dato Sri Najib menerusi facebooknya. Netizen yang mengikuti perkembangan beliau kini mempunyai slogan sempena Ramadan kepada Mahathir – sahur Najib, berbuka Najib, moreh pun Najib.



Slogan yang menggambarkan bagaimana pentingnya Najib kepada Mahathir sepanjang bulan mulia yang disambut umat Islam seluruh dunia.

 

 



Mahathir dalam entri facebook semalam menyatakan agar tidak terus menyebut nama Najib kerana itu hanya membuat Najib lebih popular. 

Masih mengulas mengenai perjalanan kes di Mahakamh yang dihadapi Najib, Mahathir seperti marah kerana Najib masih bebas bergerak tanpa gangguan walau Mahkamah telah menjatuhkan hukuman. Mungkin Ahli Parlimen Langkawi itu terlupa Mahkamah juga membenarkan Najib bebas bergerak kerana kes masih dalam proses rayuan.

 



‘RULE OF LAW’ GAYA MAHATHIR

Tulisan Mahathir juga dilihat mempertikaikan Peguam Negara yang dirujuk sebagai satu bentuk ketidakadilan ‘Rule of Law’ mengikut kehendak beliau.

Jika benar Mahathir seorang yang berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’, mengapa beliau tidak pernah mempersoalkan pendedahan berkaitan penglibatan Zeti dan suami dalam skandal 1MDB?

BACA SINI



Mahathir juga diihat TIDAK BERANI menyentuh perihal pendedahan yang dilakukan di Mahkamah Amerika. Malah Mahathir juga TIDAK BERANI mengulas pendedahan yang dibuat saksi dalam Mahkamah.

Adakah prinsip ‘Rule of Law’ Mahathir hanya terpakai terhadap Najib seorang? Keghairahan Mahathir menulis entri sebenarnya telah banyak menjatuhkan maruah beliau sendiri. 

Sebagai NEGARAWAN ULUNG’ apa yang dilakukan Mahathir kini menampakkan sifat ketakutan yang berlegar dalam dirinya sendiri. 



Apakah dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam Mahkamah telah menyebabkan Mahathir tidak boleh tidur malam hingga membuatnya meratib nama Najib saban hari?

Jawapan hanya da pada Tun Mahathir sendiri.

Mereka di’wajib’kan ziarah setiap kali Mahathir masuk IJN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button