Mengaku diculik, rupanya jumpa ‘skandal’

Mengaku diculik, rupanya jumpa ‘skandal’

Mengaku diculik, rupanya jumpa 'skandal'
FOTO HIASAN

Canberra: Gara-gara menipu pasangannya, seorang lelaki menerima padah apabila diperintahkan Mahkamah Tempatan Wollongong di New South Wales, untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 350 jam dan membayar A$16,218 (kira-kira RM48,615) kepada Kerajaan Australia.

The Straits Times melaporkan, hukuman itu dikenakan selepas lelaki berkenaan, Paul Iera, 35, didapati memalsukan penculikannya sendiri untuk menghabiskan masa dengan perempuan simpanannya.

Akibat perbuatannya, polis Australia terpaksa menghabiskan lebih 200 jam untuk menyiasat laporan kes ‘penculikan’ lelaki terbabit pada malam sambutan Tahun Baharu pada Disember 2022.



Media tempatan melaporkan, jumlah wang yang Iera perlu bayar adalah untuk tugas dilakukan polis untuk kes ‘penculikannya’ itu.

Mahkamah diberitahu, pada 31 Disember 2022, Iera memaklumkan pasangannya yang dia akan bertemu dengan ‘lelaki yang terbabit dalam sektor kewangan’, lapor saluran berita Australia, 9News, pada Selasa lalu.

Hakikatnya, Iera menghabiskan masa dengan perempuan simpanannya. Ketika itu, dia menghantar mesej teks kepada pasangannya, untuk membuat dirinya kelihatan seperti diculik.

Pasangannya yang tidak disebut dalam laporan berita menghubungi polis selepas menerima mesej teks berkenaan.



Iera ditemukan polis pada 10 pagi pada 1 Januari lalu, di dalam sebuah van bersama perempuan simpanannya.

Lelaki itu pada mulanya mendakwa bahawa dia diculik oleh sekumpulan lelaki Timur Tengah yang tidak dikenali tetapi kemudian mendakwa dibebaskan, lapor 9News.

Iera kemudiannya ditangkap pada bulan sama dan didakwa kerana membuat tuduhan palsu.

Mengaku diculik, rupanya jumpa ‘skandal’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button