Siapa paling takut jika parlimen dibubarkan esok?
Oleh – Abdul Hamid Naim Azlan
Jawapan sinis Datuk Seri Zahid Hamidi apabila ditanya tarikh paling sesuai parlimen dibubarkan telah menyebabkan ramai pihak berada dalam ketakutan.
“Besok!” jawapan pendek Zahid menguatkan ura-ura parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat.
Dengan jawapan tersebut maka telah berlaku ‘kebocoran’ maklumat sulit mengenai perancangan pihak tertentu untuk menyerang kepimpinan UMNO bagi melemahkan parti itu.
‘MAKLUMAT SULIT’ TETAPI SEPERTI SENGAJA DISEBARKAN UNTUK MENAKUTKAN PIHAK LAWAN
Antara yang tertera dalam ‘maklumat bocor’ tersebut, perancangan memenjarakan pemimpin UMNO seberapa segera. Turut terkait dalam ‘maklumat sulit’ tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO.
Sehingga kini ‘pembocor maklumat’ masih belum mengeluarkan sebarang penafian mengenai kesahihan laporan tersebut.
Menilai semula pihak mana paling takut jika parlimen dibubarkan esok bukanlah sesukar yang disangka.
PRU14 memberi banyak pengajaran kepada rakyat betapa pentingnya sebuah kerajaan stabil dan dasar yang mempunyai sokongan kuat untuk dilaksanakan.
2 KERAJAAN, 2 PEMERINTAHAN 3 SUKU MASAK, RAKYAT JADI MANGSA
Selama 22 bulan + 17 bulan dibawah 2 pemerintahan tiga suku masak, rakyat banyak ‘menderita’ dengan pelbagai masalah.
Perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan diikuti kenyataan pemimpin PH yang tidak seperti dijanjikan mereka sebelum menang PRU14 menyebabkan ramai ‘termenung’.
Segala yang dijanjikan mereka telah didalihkan dengan pelbagai alasan oleh pemimpin PH dan mula menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai punca tidak dapat memenuhi manifesto.
Keyakinan negara luar luntur selepas pemerintahan negara bertukar menyebabkan ramai pihak pelabur memindahkan operasi dan menutup presmis di Malaysia menyebabkan ramai kehilangan mata pencarian.
Pandemik Covid-19 menambah masalah rakyat apabila semua pintu keluar masuk negara dan negeri terpaksa ditutup untuk mengekang penularan virus.
Selepas ‘Sheraton Move’, Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan namun dasar-dasar PH seakan kekal dibawa dalam kerajaan baru.
JADI ‘KATAK POLITIK’ LEBIH MENGUNTUNGKAN POLITIKUS
Bagi menguatkan Perikatan Nasional, ramai ‘KATAK POLITIK’ diterima masuk ke PPBM dan kekal di jawatan seperti sebelumnya.
Ini menyebabkan rakyat mulai prejudis dengan ‘penghijrahan’ yang berlaku dan persepsi ahli politik menerima laba tertentu untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional dibawah Muhyiddin Yassin.
Selepas 2 kekalahan teruk Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional di PRN Melaka & Johor, isyarat penolakan terhadap 2 gabungan besar ini semakin jelas.
Rakyat semakin memahami apa itu kestabilan politik dan apa itu pemerintahan yang mengutamakan rakyat.
Mereka kini sudah bersedia untuk memulangkan mandat baru untuk sebuah kerajaan ditubuhkan. Seeloknya parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat bagi membolehkan proses demokrasi dilakukan segera.
Rakyat mahukan perubahan dan peralihan yang lebih segar dengan memenuhi aspirasi agenda mengutamakan rakyat serta menarik semula pelabur dan membangunkan kembali ekonomi Malaysia ke taraf yang lebih sesuai.
Ini akan diperhatikan dengan minat pengundi 18 yang turut bersama dalam pola pengundi pada PRU15 akan datang.
Mana-mana pihak yang berjaya menarik minat pengundi muda dijangkakan akan menguasai PRU15 dengan selesa dan ini menakutkan PH serta PN kerana mereka telah berjaya ‘menjahanamkan’ ekonomi negara sepanjang memerintah.
Parlimen perlu dibubarkan sebelum PN & PH “kahwin”