Parlimen perlu dibubarkan sebelum PN & PH “kahwin”

 

Mungkin kedengaran agak janggal tetapi tidak mustahil Perikatan Nasional-PN dan Pakatan Harapan-PH “kahwin” semula untuk kembali berkuasa di Putrajaya.



Walaupun telah “bercerai” sejak 2020 selepas berlakunya ‘Sheraton Move’, belum pernah lagi kedengaran berlaku pertelingkahan besar-besaran antara kepimpinan PN dan PH.

Ini menunjukkan mereka, PN dan PH sebenarnya masih ada agenda yang sama dalam pemikiran.

Sejak itu politik Malaysia tidak berada dalam keadaan stabil dan sangat rapuh sehingga hari ini.

Berada dalam keadaan lemah dan tidak stabil, kepentingan rakyat dan negara tidak boleh dimainkan hanya untuk mengekalkan kuasa.



PARLIMEN PERLU DIBUBARKAN UNTUK KEMBALIKAN KESTABILAN POLITIK NEGARA

Satu ketetapan perlu diambil untuk mengembalikan keyakinan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara luar.

Parlimen perlu dibubarkan bagi mencari semula kestabilan politik tanah air sekaligus memulihkan kembali imej negara yang tercalar selepas PH dan PN diberikan peluang memerintah.

Cukuplah ‘politiking’ sesama ahli politik yang mahu menunjukkan ‘taring’ masing-masing bila bermain tarik-tali bila menyentuh bab mandat rakyat.



Sampai bila rakyat perlu mendengar dan terus ditekan untuk menerima sebuah kerajaan yang penuh ‘ugutan’ apabila kemahuan dan kepentingan parti mereka tidak dipenuhi?

KENYATAAN PH DAN PN BERKISAR KERJASAMA SESAMA MEREKA UNTUK LENYAPKAN PENGARUH BN

Kenyataan tertentu kepimpinan tertinggi PN dan PH menjurus ke arah penyatuan kembali mereka. 

Meneliti perkembangan di PRN Melaka dan PRN Johor, walaupun PN dan PH meletakkan calon masing-masing di kerusi yang sama, lawan mereka tetap sama iaitu BN.

PH yang semakin terdesak mencari kembali sokongan rakyat sememangnya memerlukan bantuan PN untuk mempengaruhi undian.



PN juga memerlukan kekuatan jentera PH bagi membantu kelemahan mereka terutama dalam meraih sokongan kaum bukan Melayu.

Bagi melengkapi kekuatan masing-masing, satu kerjasama harus dijalinkan untuk menampakkan mereka serius dalam usaha menjatuhkan BN sekali lagi.

PPBM, DAP, PKR, PAS, AMANAH PERNAH BERSAMA DALAM GABUNGAN

 



Dalam hal ini harus diingat, PPBM pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP, PKR dan AMANAH dalam satu bentuk gabungan. PAS sendiri pernah bersama DAP dan PKR satu masa dahulu dan tidak mustahil demi kuasa mereka akan sanggup bersama AMANAH.

Sekiranya berlaku gabungan antara PN dan PH, mereka akan menguasai undi semua kaum dan ini akan memberi kelebihan besar pada PRU15.

Apa yang diperlukan kini bagaimana mahu mengembleng semua parti dan membentuk kerjasama terbesar parti politik negara.



Persoalan yang bermain pula, apa kelebihan gabungan PN dan PH kepada rakyat? PH pernah diberikan peluang memerintah selama 22 bulan dan PN diberikan 17 bulan namun semuanya menemui KEGAGALAN.

Manifesto apa pula yang akan diperkenalkan kepada rakyat sekiranya mereka bergabung? Telah terbukti apa sahaja manifesto yang dihidangkan hanyalah janji-janji palsu.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button