Liverpool guna teknologi neuro11
LIVERPOOL: Pemain Liverpool menjalani persiapan untuk mengharungi final Liga Juara-Juara menggunakan batang besi yang diletakkan di bahagian kepala mereka.
The Reds berpeluang merangkul kejuaraan ‘treble’ musim ini sekiranya berjaya menewaskan Real Madrid di Paris, Ahad ini.
Jurgen Klopp mengambil kesempatan menggunakan teknologi baharu dalam misi untuk menewaskan Carlo Ancelotti.
Namun idea itu adalah hasil kerja daripada saintis neuro Jerman, Dr Niklas Hausler dan juga rakan kongsi perniagaannya, Patrick Hantschke.
Seperti didedahkan The Athletic tahun lalu, Liverpool menggunakan teknologi neuro11 bagi meningkatkan kemampuan pemain dengan membantu mereka mencapai tahap mental yang optimum.
Teknologi itu direka khas untuk melatih otak secara terus dan mereka yang menggunakan teknologi ini akan memiliki tahap mental yang optimum untuk beraksi di tahap tertinggi.
Dua pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan Kostas Tsimikas dilihat menggunakan teknologi itu.
Batang besi diletakkan di bahagian kepala bagi pengumpulan data yang boleh digunakan untuk disesuaikan mengikut program latihan masing-masing.
Laman sesawang neuro11 menyifatkan teknologi itu sebagai ‘latihan menguatkan mental paling canggih untuk atlet.’
Pada mulanya, Klopp menggunakan neuro11 untuk meningkatkan output Liverpool menerusi situasi bola mati.
Teknologi itu membuahkan hasil selepas Liverpool menjaringkan 15 gol daripada situasi bola mati dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
AGEN