Orang ramai teruja menggunakan perkhidmatan MRT
KUALA LUMPURĀ – Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu semestinya memberikan kegembiraan khususnya penduduk yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Pelbagai kemudahan dapat mereka peroleh selain memudahkan pergerakan ulang-alik ke tempat kerja selain bersiar-siar bersama keluarga pada hujung minggu.
Rata-rata masyarakat tidak mahu melepaskan peluang menaiki perkhidmatan itu sejak ia mula dilancarkan pada Khamis lalu.
Mereka tidak melepaskan peluang membawa keluarga bersiar-siar menaiki MRT, lebih-lebih lagi dengan tambang percuma.
“Bawa anak-anak jalan-jalan untuk lihat sampai ke hujung tren, tadi sekarang sudah patah balik. Pada saya usaha kerajaan untuk Keluarga Malaysia ini sangat bagus. Pemberian tiket percuma untuk satu bulan, kita dapat nikmatinya,” Pengguna MRT, Andy Anak Jonathan.
“Hari ini saya bawa anak naik MRT ini. Jadi tak perlu bawa kereta, tidak perlu fikir untuk kesesakan di jalan raya,” Pengguna MRT, Syed Fadzil Syed Nasir.
“Kami memang seronok. Nak rasai pengalaman naik tren, dan memang mudah untuk ke sana dan ke mari,” Pengguna MRT, Renu A/P Kasturi.
berita.rtm