Selepas subsidi minyak masak, RON95 akan menyusul?

Minyak Masak Sawit

 

Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, semalam menyatakan subsidi minyak masak akan ditarik mulai 1 Julai 2022.



Subsidi tersebut melibatkan minyak masak tulen dalam botol manakala subsidi minyak masak dalam paket 1kilogram masih dikekalkan.

Ini bermakna harga minyak masak dalam botol akan mengalami kenaikan harga mengikut harga pasaran semasa.

Apa yang kini menjadi perhatian ialah harga bahan bakar (petrol) RON95 yang masih diberikan subsidi oleh kerajaan. Buat masa ini, harga RON95 masih bertahan pada kadar RM2.05 seliter, manakala RON97 pula RM4.83 seliter.



Apakah selepas ini menyusul pula subsidi RON95 pula akan ditarik bagi membolehkan ia dijual mengikut harga pasaran semasa?

Sebagai rekod,harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lebih murah banding Arab Saudi dan UAE.

Inflasi yang dialami negara sekarang ini akan meninggalkan kesan besar terhadap pengguna kenderaan jika subsidi RON95 turut ditarik.

Alexander Nanta Linggi



Kesan domino sudahpun berlaku sekarang ekoran pengumuman Menteri KPDNHEP mengenai harga siling ayam dan telur ayam semalam. Harga pasaran tidak akan dapat dikawal lagi dan pengguna bakal menjadi mangsa dengan keadaan ini.

Rakyat masih menilai adakah Kerajaan Keluarga Malaysia mampu membantu mereka didalam keadaan sukar dan akan memberi insentif yang lebih baik bagi menghadapi kenaikan inflasi.

Apa akan berlaku selepas 1 Julai 2022?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button