Resepi Kuih Lepat Kacang Hijau
KUIH LEPAT KACANG HIJAU
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2 cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2 sudu kecil garam
1. Satukan tepung beras, tepung jagung, santan dan air dalam 1 mangkuk, gaul hingga sebati.
2. Tapiskan ke dalam periuk dan buka api perlahan. Masukkan gula, gula merah dan garam.
3. Kacau sampai pekat likat dan jangan berhenti kacau. Bila adunan sudah sedikit pekat masukkan kacang hijau.
4. Biarkan adunan sejuk sikit baru masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
5. Kukus kuih lepat kacang hijau hingga masak kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Resepi ikan merah masak cuka