Surat perjanjian palsu, siapa berani tampil sahkan?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Surat perjanjian palsu, siapa berani sahkan?



Surat perjanjian yang ditularkan MALAYSIA TODAY dikatakan palsu dan ianya sengaja direka bagi memburukkan imej Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Malah tiada seorangpun dari 4 nama yang tertera dalam ‘surat perjanjian’ tersebut tampil mengesahkan samada surat itu benar atau tidak.

Nama yang tertera bersama tandatangan pada ‘surat perjanjian’ tersebut wajib mengesahkan jika ia benar dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menafikan kewujudan surat tersebut.

Nama yang tertera ialah – 



  • Tan Sri Dato Hj Mahiaddin bin Md Yassin (Pengerusi Perikatan Nasional)
  • Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ( Calon Perdana Menteri)

Manakala dua lagi penama ialah saksi kepada perjanjian tersebut –

  • Dato Seri Hamzah bin Zainudin (Ahli Parlimen Larut)
  • Tan Sri Annuar bin Hj Musa (Ahli Parlimen Ketereh)

Walau bagaimanapun, Muhyiddin dalam satu kenyataan meminta agar penjelasan berkaitan perjanjian tersebut dirujuk kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS). Menurut Muhyiddin, Takiyuddin merupakan individu yang telah menyediakan deraf perjanjian tersebut.

Perjanjian Sulit Muhyiddin & Ismail Sabri
Adakah wujud perjanjian ini? Sumber – sebaran whatsapp

Jika diteliti dengan baik, banyak kelemahan terdapat dalam ‘surat perjanjian’ itu dari sudut teknikal. Kelemahan paling ketara jawatan TPM yang ditulis perlu diserahkan kepada PPBM untuk ditentukan siapa yang layak dari kalangan mereka sendiri.

 



Kenyataan Takiyuddin Hassan pada 16 Februari 2020

 

Jawatan TPM merupakan jawatan yang tidak terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Ia hanya lantikan secara konvensyen sahaja dan hak melantik TPM adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

Jelaslah keseluruhan perjanjian tersebut hanyalah usaha mengalih perhatian rakyat yang sedang mendesak kerajaan memulihkan ekonomi dan mencari alternatif serta inisatif terbaik bagi menghadapai inflasi.

Muhyiddin wajib dedah perjanjian, bukan Takiyuddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button