Lelaki Hayun Parang Selepas Berang Kena Hon Ditahan Polis

Lelaki dalam video viral memandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan bertindak menghayun parang ke arah sebuah kereta yang lain, terima padah selepas berjaya ditahan polis, semalam.

Marah kena hon

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan ketika berada di rumahnya di Jalan Sukun, Sibu, pukul 1 petang, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Upper Lanang, Sibu itu, suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Kancil tidak berpuas hati selepas pengadu membunyikan hon kenderaannya.



Pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa keretanya telah ditetak oleh suspek yang tidak dikenali di lokasi kejadian.

Selepas menerima maklumat, pihak polis menyerbu rumah suspek dan menahan lelaki tersebut, yang akan direman hari ini bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Selain itu, sebilah parang turut dirampas sebagai barang kes.

Video

 



TVS

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading