Beza nombor 2 dengan nombor 400

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


 

Beza nombor 2 dengan nombor 400



 

Dalam politik, perbezaan kedudukan nombor untuk jawatan merupakan pengaruh besar membuktikan kemampuan seseorang berpolitik.

Sudah tentu jika seseorang berada di nombor 2 berbeza pencapaiannya dengan nombor berkedudukan 400.

Untuk berada di nombor 1, seseorang perlu menjadi yang terbaik dari yang terbaik serta menunjukkan pencapaian tertinggi dalam parti politik.



Inilah perbezaan antara Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan dengan Khairy Jamaluddin.

Beza nombor 2 dengan nombor 400

Berada selaku orang nombor 2 dalam parti, sudah tentu tanggungjawab yang terpikul atas bahu Tok Mat berbeza dengan Khairy yang berada di nombor 400.

Pernah memangku jawatan nombor 1 dalam parti, Tok Mat berjaya membuktikan beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan Presiden kepadanya. Malah, Tok Mat cemerlang menjalankan tugasnya selaku Timbalan Presiden Umno.



Bukan mudah untuk melepasi liku-liku politik dengan berbekalkan rasa kasih, perasaan cinta dan tanggungjawab kepada parti dan ahli parti.

Beza nombor 2 dengan nombor 400

Untuk mencapai kedudukan itu, perlu kental berjuang dan memenangi bukan sahaja undi ahli ketika pemilihan dilakukan tetapi memenangi hati ahli serta kepercayaan ahli parti lebih utama.

Satu perkara yang perlu diakui, Khairy pernah menjadi Ketua Pemuda Umno satu ketika dahulu. Beliau juga berjaya mencipta gelombang pengikut yang ramai. Namun demikian, bukan semua pengikutnya mampu menjadi contoh yang baik untuk ahli yang lain.



Bak pepatah Inggeris – “You can create follower’s but you can’t create leader’s”.

Bukan memperkecilkan apa yang pernah dilakukan Khairy selama ini, namun beliau harus belajar bagaimana berpolitik secara sopan untuk tidak terlalu ‘gelojoh’ bila mengeluarkan kenyataan politik pada masa akan datang.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button