PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR – AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR – AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

“Uncle tahu betapa susahnya perkara ni? Saya tak nampak apa yang Uncle tulis ni sebagai peraturan. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang. Kadang kala ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja sebagai selebriti, terima kasih atas nasihat Uncle.

“Tapi, saya tak akan pernah mengatakan perkara tersebut kepada adik-adik saya dan abang-abang saya di luar sana yang masih bergelut. Uncle dah menulis nota bunuh diri untuk kami.



“Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu,” tulis pelakon remaja Puteri Balqis yang tampil menyelar komen pelakon Azhar Sulaiman dan berpendapat pandangan yang diberikan seolah-olah ingin melepaskan rasa marah.

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

Sebelum ini, Azhar telah memuat naik pendapat peribadinya tentang isu Puteri Balqis yang mendakwa bahawa menjadi mangsa kepada gangguan seksual bapa kandungnya.

Menerusi entri yang dibuat oleh Azhar, dia seakan-akan tidak bersetuju dengan tindakan Balqis dengan menyatakan sesetengah rahsia perlu disimpan buat selama-lamanya dan tidak sepatutnya membuka aib keluarga apabila bergelar sebagai seorang selebriti.



Dalam hantaran Instagram Story yang sama, Balqis turut mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh Azhar walaupun tidak bersetuju dengan pendapat yang diajukan.

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

Pelakon remaja itu juga memuat naik kata-kata ‘kiasan’ di mana dia menerangkan dirinya lebih rela hidup dalam keadaan susah tetapi berilmu berbanding menjadi orang kaya yang dungu.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan Azhar itu dan kemudiannya turut mengheret anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona dengan memintanya menasihati bapanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sedar ramai yang kurang senang dengan kenyataannya itu, Azhar tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terasa hati dengan apa yang diperkatakannya. Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu tetap berpegang teguh akan pendiriannya bahawa wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA

Azhar turut berkongsikan, tidak kira apa agama pun adalah satu tindakan bijak jika tidak berkongsikan rahsia keluarga secara terbuka. Tambahnya lagi, jika ada sesuatu masalah melibatkan maruah diri dan keluarga perlu diselesaikan mengikut saluran yang betul.

Dalam pada itu, Azhar turut memohon maaf kepada Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish selain berharap semua urusan pelakon remaja itu dipermudahkan. andai pendapatnya itu mengguris hati pelakon namun sebenarnya dia mengambil berat.



“Salam Jumaat semua. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang marah kepada saya sejak dua tiga hari ini. Aqish, Uncle Har cares and love you and I’m sorry I have hurt you feelings. Semoga Segala Urusan Aqish & Family Akan Allah SWT permudahkan,” ujarnya.

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA



Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

PUTERI BALQIS TAMPIL SELAR – AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF, TETAP BERPEGANG AIB PERLU DIJAGA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button