Jho Low hanya ‘dongeng’ untuk kenakan Najib?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Jho Low hanya 'dongeng' untuk kenakan Najib?
Jho Low hanya ‘dongeng’ untuk kenakan Najib?

 

Nama Jho Low sekali lagi kembali meniti di media Malaysia selepas pendedahan seorang yang mendakwa ternampak sosok itu di Disneyland, China.

Sejak nama itu disebut sebagai antara saksi utama kes 1MDB dan SRC, Jho Low terus hilang dan menjadi buruan pihak berkuasa.

Namun, sehingga hari ini, nama Jho Low nampaknya hanya ‘dongeng’ seolah wujud hanya untuk kenakan Dato Sri Najib Razak.



Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Jho Low.

Memetik laporan Malay Mail, apabila ditanya apa tindakannya jika Jho Low ditahan, beliau jawab dia mahu gari tangannya. 

Malah, Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bertekad untuk menangkap Jho Low walau terpaksa menggali lubang cacing.

Jho Low hanya 'dongeng' untuk kenakan Najib?
Mahathir & Jho Low

Muhyiddin sendiri pernah mengakui Jho Low merupakan PENJENAYAH UTAMA bagi kes 1MDB dan beliau perlu diheret pulang ke Malaysia.



Mengulas mengenai kelibat Jho Low di DISNEYLAND SHANGHAI, Menteri Dalam Negeri, HAMZAH ZAINUDDIN pernah menyatakan, Malaysia tiada maklumat keberadaan ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun, pada 1 September 2022, selepas diberitakan keberadaan Jho Low di Disneyland China, nada Hamzah agak berbeza. Beliau mempersoalkan mengapa Bradley Hope yang membuat kenyataan mengenai Jho Low tidak memaklumkan perkara tersebut kepada KDN.

Jho Low hanya 'dongeng' untuk kenakan Najib?
Menteri KDN, Hamzah Zainuddin

Semua kenyataan berkaitan menjadi misteri kepada rakyat Malaysia, benarkah Jho Low terlalu ‘licik’ untuk ditangkap?

Atau beliau sememangnya dijadikan ‘kambing hitam’ untuk memerangkap Najib dalam kes 1MDB dan SRC?

Raja Petra Kamarudin pernah membongkarkan, seorang bernama Mohd Nazlan Ghazali menerima wang dari Jho Low untuk ‘khidmat’ tertentu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker