Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’

Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan 'Terbaik'

Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Free Malaysia Today, Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata:

“Adalah tidak masuk akal, kita alami krisis ekonomi”.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/13/tak-masuk-akal-kita-alami-krisis-ekonomi-kata-tengku-zafrul/

Dalam lapuran tersebut, Tengku Zafrul pun bentangkan beberapa fakta yang agak teknikal sebagai menyokong kenyataan beliau.

Antara hujah beliau ialah:



  • Berbanding dengan kejatuhan nilai duit negara lain, maka kejatuhan nilai ringgit masih boleh dianggap terkawal.
  • Malah menurut Tengku Zafrul, berbanding rakan dagang yang lain, nilai ringgit sebenarnya tidak jatuh, tetapi naik.
  • Tapi dalam kenyataan yang sama, Tengku Zafrul kata kejatuhan nilai ringgit memberi keuntungan kepada pengekspot di Malaysia.
  • KDNK Malaysia berkembang bagi tiga suku tahun berturut-turut bermula pada suku keempat 2021 sebanyak 3.6%, suku pertama 2022 (5%) dan suku kedua 2022 (8.9%).
  • kadar pengganguran negara yang turun kepada 3.7% pada Julai 2022.
  • Iaitu paras terendah sejak pandemik Covid-19 melanda negara, juga merupakan bukti negara tidak mengalami krisis ekonomi.
  • Bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sahaja, nilai keseluruhan perdagangan borong dan runcit berjumlah sebanyak RM882.1 bilion, 19% lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Kesimpulannya Tengku Zafrul mendakwa pendapat yang mengatakan negara mengalami krisis ekonomi adalah mengarut.

Tidak ada yang mengarut, melainkan mengarut belaka.

‘Kejayaan’ Tengku Zafrul Memahami Derita Rakyat

Untuk perhatian Tengku Zafrul, rakyat tidak mahu tahu sama ada nilai ringgit kukuh atau lemah berbanding nilai matawang negara lain.

Yang rakyat tahu ialah:



  • Sekarang ini, dengan duit RM100, barang basah yang dapat dibeli hanya boleh dimakan selama 2 hari oleh keluarga bersaiz sederhana.
  • Kalau satu bulan, rakyat kena sediakan sekurang-kurangnya RM1500 untuk keluarga bersaiz sederhana.
  • Rakyat tidak mahu tahu tentang KDNK kembang atau kuncup, kadar pengangguran naik atau turun berapa peratus.
  • Yang rakyat mahu tahu ialah bila anak-anak muda yang berkelulusan diploma dan ijazah boleh berhenti dari menjadi pemandu Grab dan penghantar makanan.
  • Kalau sudah harga barang runcit melambung naik, sudah tentulah nilai dagangan borong juga akan meningkat naik.
  • Namun apakah itu indikator yang betul tentang keadaan ekonomi negara?

Di dalam keresahan rakyat menyerap kenaikan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Dalam keresahan rakyat melihat, anak-anak kita yang berkelulusan universiti terpaksa berhujan dan berpanas kerana terpaksa menjadi penghantar makanan.

Dalam linangan airmata rakyat kerana terpaksa melihat anak-anak kelaparan, bayi-bayi menangis kehausan susu.

YBM Senator Tengku Zafrul berkata pandangan bahawa negara sedang menghadapi krisis ekonomi adalah karut.



Mungkin yang tidak karut bagi Tengku Zafrul ialah ‘kejayaan’ Jawatankuasa Jihad Menangani Inflasi mengawal harga barang!!!

Terima kasih Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia!!!

 

Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button