Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
Mantan Perdana Menteri ke 8, Muhyiddin Yasin cuba menyalahkan Ismail Sabri atas kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin berkata adalah lebih baik parlimen dibubarkan sekiranya Ismail Sabri gagal menangani masalah ekonomi.
Baca di sini:
Antara asas kepada kenyataan Muhyiddin adalah:
- pada Disember 2021 mendapati 12% rakyat mula mengikat perut dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari.
- 12% terpaksa tangguh rawatan perubatan.
- 31% lewat bayar hutang serta bil kerana tiada wang.
- 61% rakyat Malaysia berada dalam kumpulan B60 dengan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.
- 76% daripada kumpulan yang sama berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
- Isu kejatuhan nilai ringgit tidak dipandang serius oleh perdana menteri.
Muhyiddin juga mendakwa sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, beliau telah memaklumkan kebimbangan beliau atas perkara yang berlaku.
Beliau juga mendakwa telah memberikan beberapa cadangan kepada perdana menteri.
Kerajaan Hari Ini Mewarisi Kegagalan Kerajaan PH Dan PN
Bagi penulis, adalah amat ganjil apabila seorang yang telah menghancurkan ekonomi negara bercakap mengenai keadaan ekonomi negara.
Muhyiddin berkuasa selama 18 bulan sebagai perdana menteri dan sebelum itu beliau adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Selama 40 bulan beliau berada di dalam kabinet dan selama 18 bulan beliau mengetuai kabinet.
Apakah selama 40 bulan di bawah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, negara tidak mengalami masalah ekonomi?
Adakah selama 40 bulan itu keadaan matawang ringgit berada dalam keadaan kukuh?
Kalau Muhyiddin lupa, biar penulis ingatkan semula.
Ekonomi Malaysia mula bermasalah apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada bulan Mei 2018.
Dasar luar negara Pakatan Harapan yang suka bermusuh dengan negara luar telah menyebabkan komoditi negara tidak dapat diekspot.
Akibatnya peneroka Felda dan pekebun kecil kehilangan punca pendapatan.
Memburukkan keadaan apabila Pakatan Harapan mengumumkan 3 bulan tanpa cukai ke atas seluruh negara bagi membolehkan sistem GST ditukar kepada SST.
Ini menyebabkan negara kehilangan pendapatan berpuloh bilion dan Pakatan Harapan terpaksa melelong aset negara bagi menampung perbelanjaan pentadbiran.
Tidak cukup dengan itu, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin telah meumpuhkan ekonomi negara dengan mengurung rakyat selama 2 tahun melalui PKP.
Malaysia menjadi negara yang paling lama melaksanakan PKP di dunia dan mengurung rakyat di rumah.
Baca di sini:
Lebih memburukkan keadaan, Muhyiddin menjarah rezab negara lebih dari RM600 bilion atas alasan menangani Covid-19 dan pakej rangsangan ekonomi.
Tetapi jumlah yang pernah diumumkan oleh Muhyiddin yang telah dibelanjakan untuk pakej rangsangan ekonomi hanyalah RM250 bilion.
Baca di sini:
https://bernama.com/bm/news.php?id=1825649
Bila Bapa Kegagalan Negara Mengulas Mengenai Kegagalan
Rasanya tidak perlu diulas dengan lebih panjang lagi, cuma penulis ada beberapa soalan kepada Muhyiddin Yasin:
- Zaman pemerintahan siapakah rakyat Malaysia membunuh diri kerana tekanan ekonomi?
- Zaman pemerintahan siapakah rakyat Malaysia terpaksa menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan?
- Waktu pemerintahan siapakah ibu dan ayah terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi?
Semuga Muhyiddin cerminkan diri sendiri dengan menggunakan cermin yang betul dan bukan cermin yang mengejek.
Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Pembangkang Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?