Indonesia kesan 1.3 juta penduduk berkemampuan tapi terima bantuan kerajaan

Indonesia kesan 1.3 juta penduduk berkemampuan tapi terima bantuan kerajaan

Indonesia kesan 1.3 juta penduduk berkemampuan tapi terima bantuan kerajaan

JAKARTA: Pasukan Nasional Bagi Mengurangkan Kemiskinan (TNP2K) memaklumkan kerajaan mengesan berlakunya pengagihan yang tidak tepat dalam pemberian bantuan wang tunai bahan bakar bersubsidi di negara ini.

Setiausahanya, Suprayoga Hadi berkata, sebanyak 1.3 juta orang yang tidak layak namun mendapat bantuan tersebut.



“Berdasarkan penelitian dan pemeriksaan, terdapat 1.3 juta orang yang tidak layak menerima bantuan itu, walhal wang tersebut disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah.

“TNP2K akan cuba menyelaraskan golongan yang layak menerima bantuan ini supaya mereka yang benar-benar memerlukan dapat faedah tersebut.

“Kita tidak mahu golongan yang tidak layak ini bersenang-lenang atas kesusahan orang lain,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Hadi juga mengakui bahawa TNP2K sukar menghapuskan kemiskinan tegar di Indonesia.



Hal itu disebabkan oleh masalah penetapan sasaran golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, kerajaan akan berusaha menguruskan data yang lebih efektif dalam menentukan golongan sasaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kehidupan golongan tersebut boleh dibangunkan dari semasa ke semasa.

Kerajaan sebelum ini mengagihkan bantuan wang tunai kepada 20,65 juta keluarga miskin di seluruh Indonesia bagi meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga bahan bakar bersubsidi.

Syarat utama untuk penduduk menerima bantuan tersebut adalah mereka mendapat bayaran gaji bersih maksimum sebanyak 3.5 juta rupiah (RM1,064) sebulan.



Selain itu, mereka juga merupakan penerima bantuan kebajikan yang sudah dikenal pasti.

Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Indonesia kesan 1.3 juta penduduk berkemampuan tapi terima bantuan kerajaan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button