Polis Israel tembak mati penduduk Palestin di Tebing Barat
Polis Israel tembak mati penduduk Palestin di Tebing Barat
BAITULMUQADDIS: Seorang lelaki Palestin berusia 36 tahun maut ditembak oleh polis Israel di Tebing Barat selepas didakwa mengamuk dan cuba menyerang pasukan keselamatan yang sedang mengawal kawasan itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Palestin menegaskan polis Israel sengaja membunuh Muhammad Ali Hussein Awad berasal dari bandar Beit Ijza di Tebing Barat, berhampiran Baitulmuqaddis.
“Polis Israel sengaja menembak Muhammad Ali selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan kereta polis dalam nahas jalan raya,” jelas kementerian luar Palestin.
Menurut kementerian, Muhammad Ali merupakan penduduk biasa yang `tidak menimbulkan sebarang ancaman’ kepada mana-mana pihak.
Terdahulu, tentera Israel memaklumkan dua anggota tentera dan polis ternampak sebuah kenderaan memecut laju dan menuju ke arah mereka dalam cubaan merempuh mereka.
Katanya, dua anggota itu terpaksa menembak ke arah kenderaan itu sehingga suspek akhirnya `dineutralkan’.
Keluarga mangsa memberitahu Muhammad Ali berkemungkinan hilang kawalan ke atas kereta sehingga menyebabkan kejadian itu.
Agensi berita WAFA melaporkan Muhammad Ali yang juga bapa kepada tiga orang anak, merupakan guru di sekolah di kampung Bir Nabala, barat laut Baitulmuqaddis Timur.
Sepupu mangsa, Ramadan mendakwa pasukan keselamatan melepaskan tembakan daripada membantu Muhammad Ali selepas nahas itu. – AGENSI
Tentera Zionis Israel tembak mati pemuda Palestin
Polis Israel tembak mati penduduk Palestin di Tebing Barat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :