Lelaki kencing atas kubur bekas isteri setiap pagi

Lelaki kencing atas kubur bekas isteri setiap pagi

Lelaki kencing atas kubur bekas isteri setiap pagi
RAKAMAN video menunjukkan lelaki yang membuang air kecil setiap hari di atas kubur bekas isterinya di Orangetown.- AGENSI

NEW YORK: Meskipun sudah bercerai 48 tahun lalu, seorang lelaki tergamak membuang air kecil di atas kubur bekas isterinya di tanah perkuburan Orangetown, New York setiap hari.

Lapor Daily Mail, perkara itu terbongkar selepas anak mendiang, Michael Murphy, 43, menemukan beg berisi najis di kubur ibunya ketika datang menziarah.

Pada mulanya, dia menyangka najis itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh pemilik haiwan yang membawa anjing mereka bersiar-siar.



Namun, dia mula berasa aneh apabila menemukan beg najis lagi pada hari lain.

Selepas dimaklumkan kepada pihak polis, pengurus tanah perkuburan tersebut memberi kebenaran kepada Michael untuk memasang kamera tersembunyi di kubur ibunya.

“Saya terkejut sebaik melihat kelibat lelaki yang pernah mengahwini ibu saya pada 1970-an.

“Dia datang pada awal pagi dengan kenderaan jenis SUV sebelum berjalan ke kubur dan melondehkan seluarnya untuk membuang air kecil,” katanya yang membuat pendedahan dalam Facebook.



Murphy berkata, ibunya, Linda Louise Torello meninggal dunia akibat kanser pada 2017 ketika berusia 66 tahun.

Katanya, dia mempunyai bukti selama berbulan-bulan mengenai perlakuan biadab itu dan sudah membuat laporan polis.

Polis bagaimanapun memaklumkan, pihaknya tidak dapat bertindak kerana tiada ancaman khusus seperti keganasan fizikal.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?



Lelaki kencing atas kubur bekas isteri setiap pagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button