Peguam Dakwa Lesti Kejora Terjatuh Sendiri, Bukan Dihempas
‘Mereka Tiada Masalah, Netizen Yang Perbesarkan’
Kes rumah tangga pasangan selebriti tersohor Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih hangat menjadi bualan netizen di media sosial. Rizky Billar yang didakwa melakukan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) terhadap Lesti Kejora juga tidak hadir untuk memberi keterangan di balai polis kerana mentalnya terganggu dek kecaman netizen.
Lesti ‘terhempas’ bukan ‘dihempas’
Terbaharu, seorang lagi peguam yang mewakili Rizky Billar iaitu Nesar Gintng mendakwa rumah tangga Lesti dan Rizky sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah, sebaliknya isu itu diperbesarkan oleh sesetangah pihak bertujuan untuk mengeruhkan keadaan.
Kami mengesyaki ada pihak ketika yang memulakan kes ini. Tetapi, kami tidak tahu siapa pihak ketiga itu.
Dakwa Nesar lagi, Rizky juga telah menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti seperti yang dilaporkan penyanyi itu kepada pihak polis.
Rizky tidak memukul dan hempas Lesti. Kejadian berlaku ketika Rizky mahu pergi ke bilik air dan Lesti menarik Rizky kemudiannya dia menepis sebelum berlalu pergi ke bilik air. Lesti kemudian mengejar Rizky dan menarik rantai dipakai Rizky. Lesti terus jatuh dan ‘terhempas’, bukannya ‘dihempas’.
Difahamkan, Rizky akan hadir untuk memberi kerjasama pada minggu hadapan.
Sumber: Detik.com
Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga
Peguam Dakwa Lesti Kejora Terjatuh Sendiri, Bukan Dihempas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :