Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak

Aniq Ezzra genggam ijazah berkembar

Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak

Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak
Che Ta bangga anak kedua berjaya tamatkan pengajian.

KEJAYAAN seorang anak pastinya menjadi kebanggaan buat ibu bapa dan perkara sama turut dirasai pelakon Rozita Che Wan apabila anak keduanya, Aniq Ezzra berjaya menamatkan pengajiannya pada Jumaat.

Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, 51, berkata, sebagai ibu dia mengakui berasa berbaloi membuat pelaburan terhadap anaknya bagi melanjutkan pengajian di Universiti Taylor di ibu negara.

“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayar yuran Taylor’s University. Bukan sikit-sikut duit cheq.



“Tapi syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, double degree dalam tangan,” katanya.

Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak
Penampilan Che Ta di majlis konvokesyen raih pujian.

Che Ta meluahkan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat apabila Aniq berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Perbankan dan Kewangan.

Dalam pada itu, Che Ta juga berharap anak keduanya itu akan menjadi insan berjaya pada masa akan datang dalam apa juga bidang yang bakal diceburi Aniq kelak.

“Dear Aniq Ezra, I harap kamu akan terus berkerja keras untuk menjadi orang yang berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi,” ujarnya.



Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga percaya kerajaan Aniq itu merupakan hasil kerja keras dan kesabaran anaknya sepanjang melanjutkan pengajian.

“Ini adalah hasil kesabaran, kerja keras dan keikhlasan. Kamu dapat hasil kerja keras kamu. Tahniah Aniq,” katanya.

Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak
Aniq menjadi kebanggan keluarga dengan pencapaiannya.

Dalam perkembangan lain, penampilan Che Ta di majlis konvokesyen anaknya itu turut menjadi perhatian apabila pelakon drama Kiah Pekasam itu melaram sakan pada majlis berkenaan.

Ramai memuji penampilan pelakon itu yang terlihat sebagai kakak kepada anaknya sendiri.



“Che Ta macam datang konvokesyen adik, queen sangat!

“Ingatkan mak dia pun belajar dekat situ. Meletup!

“Outfit Che Ta macam terpaling segak, apa-apa pun tahniah,” antara komen netizen.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading