Rozita minta pandangan dari ustaz

Sering kali menerima teguran tentang busana yang dipakai ketat

Minta Pandangan Ustaz

Gara-gara memuatnaik gambar mengenakan baju kebaya berwana maroon di media sosialnya baru-baru ini, Rozita menerima teguran dari warganet tentang baju yang dipakainya itu kelihatan ketat pada pandangan mata segelintir individu.

Tidak mahu isu tersebut menjadi panjang, Rozita memuatnaik hantaran yang baru dan memaparkan tangkap layar mesej perbualannya bersama ustaz Md Isa.

“Salam ustaz. Ni ketat ke,” Soal Rozita

“Macam okay je.” Jawab ustaz



Mesti telah mendapat jawapan balas tentang baju yang dipakainya, Rozita mengajukan pertanyaan buat kali kedua bagi mendapatkan kepastian.

“Baju bagaimana ustaz, ketat (fit) ke tidak. Ada orang komen ketat..?? Pada saya ia sangat longgar sebab saya sangat kurus – baju dekat pinggang saya 4 ke 6 inci longgar. Adakah tak cukup longgar..??” Mesejnya

“Kalau puan hajjah rasa longgar, okaylah tu.” Balas ustaz

Rozita minta pandangan dari ustaz
via Instagram Rozita Ibrahim

Bukan Kebaya Ketat

Melihat pula pada coretan yang ditulis Rozita pada muatnaik tersebut, usahawan kosmetik ini dengan tegas mengatakan bahawa pakaian yang dipakainya itu tidak ketat sebaliknya sangat longgar.



“Saya dah tanya ustaz. Saya tak mampu nak jawab semua soalan atau memuaskan hati semua orang..!! Ni bukan kebaya ketat.” Coretnya tegas

Rozita minta pandangan dari ustaz
via Instagram Rozita Ibrahim

Dalam entri terakhir penulisannya, usahawan kosmetik ini berharap dengan penjelasan dan maklum balas dari guru agama ini dapat menjawab pertanyaan segelintir individu yang mendakwa pakaian yang dipakainya ketat. Apa pandangan anda?

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



Rozita minta pandangan dari ustaz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button