Mie Sedaap tidak selamat dimakan?

Mie Sedaap tidak selamat dimakan?

Mie Sedaap tidak selamat dimakan?

JAKARTA: Yayasan Lembaga Pengguna Indonesia (YLKI) menggesa Badan Kawalan Ubatan dan Makanan (BPOM) untuk memperbaharui standard keselamatan makanan berikutan sejumlah produk mi segera jenama Mie Sedaap ditarik pengeluarannya di tiga negara serantau.

Pengurus YLKI, Sudaryatmo berkata, penarikan balik sejumlah produk tersebut disebabkan oleh ada di antaranya dicemari dengan bahan ethylene oksida berlebihan.



Sehubungan itu, beliau menggesa BPOM mengkaji semula had penggunaan maksimum bahan racun perosak itu dalam makanan, seperti yang dilakukan beberapa negara lain.

“Negara-negara yang menarik balik penjualan sebahagian produk tersebut sudah menemukan buktinya, maka Indonesia juga perlu menilai semula kualiti dan keselamatan dalam penghasilan makanan terbabit,” katanya seperti yang dilaporkan BBC News Indonesia.

Terdahulu, Singapura menarik enam produk Mie Sedaap selepas dikesan ia dicemari dengan ethylene oksida melebihi had yang ditetapkan.

Selain Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga menarik balik penjualan atas punca yang sama.



Dalam pada itu, BPOM menerusi kenyataan memaklumkan, produk Mie Sedaap yang ditarik balik penjualannya di Singapura dan Hong Kong adalah berbeza dengan produk yang dijual di negara ini.

Badan itu menegaskan, setiap negara mempunyai penetapan maksimum penggunaan ethylene oksida dalam bahan makanan.

BPOM memberi jaminan produk Mie Sedaap yang dijual di negara ini adalah selamat untuk dimakan.

“Wings Group, iaitu pengeluar produk tersebut menyatakan mereka tidak menggunakan ethylene oksida dalam semua produk yang dihasilkan, selain sudah memenuhi standard piawaian keselamatan makanan,” jelas badan tersebut.



Ethylene Oksida digunakan untuk mencegah pencemaran mikroorganisma pada bahan makanan mentah kering.

Boleh beri makan 12 juta orang tiga kali sehari

Mie Sedaap tidak selamat dimakan?

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button