Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri
Buat Aksi Bakar Diri, – ‘Bibir Saya Melecur Sikit’
Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri
Pelakon Beto Kusyairy menyatakan tindakan melakukan aksi lagak ngeri dengan tubuhnya dibakar dalam telefilem Halimun merupakan kehendak diri sendiri.
Nak buat ‘human torch’
Ketika ditemui OhBulan!, Beto berkata dia ingin merealisasikan impiannya untuk melakukan aksi lagak ngeri sendiri selain memberi kepuasan membawa watak sebagai Zahir.
Dari zaman saya buat aksi lagak ngeri lagi, saya memang nak buat ‘human torch’ ini. Alhamdulillah, berjaya juga saya lakukan dengan adanya pasukan yang sangat bagus.
Dari sudut watak itu sendiri, saya rasa lebih menarik kalau ‘Zahir’ itu rasa sendiri. Selain itu, ia juga memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon.
Kata aktor berumur 41 tahun ini, dia bergegas menghubungi isterinya, Tisha Shahar, memaklumkan dia membakar diri sejurus mengetahui Nabila Huda sudah memuat naik potongan babak itu di Instagram (IG).
Saya dah habis buat babak itu, dapat tahu Abil (Nabila) post video di IG. Saya terus hubungi isteri dan cakap, ‘jangan risau, saya selamat’. Isteri bising sikit tapi biasalah dia risau.
Bibir melecur
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Kusyairy Zakuan Osman memberitahu dia mengalami kecederaan ringan ketika melakukan aksi terbakar yang memakan masa dalam 30 saat.
Selepas babak itu, bibir saya melecur sikit. Ini kerana ketika pasukan produksi menyapu jel kebakaran (untuk elak kesan melecur) di muka, saya kemam bibir.
Jadi, bahagian bibir tak disapu jel itu dengan rata. Jadi, bila babak itu dijalankan, maka bahagian bibir melecur sedikit. Tapi, tak serius pun.
Filem seram terbitan Azura Pictures Sdn Bhd turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan ramai lagi.
Halimun yang dihasilkan dengan kerjasama dan bantuan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan ditayangkan di platform Astro First mulai 5 November ini.
Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang
- Lim Guan Eng sombong, perlekeh PDRM
- Mahathir ajak PH/PN benci 3 juta orang Melayu.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :