Jambatan runtuh jejas bekalan air lebih 4,000 penduduk

Jambatan runtuh jejas bekalan air lebih 4,000 penduduk

 

Jambatan runtuh jejas bekalan air lebih 4,000 penduduk
Datuk Seri Saifuddin Abdullah meninjau lokasi jambatan runtuh di Taman Muhibbah/Taman Fairmont, Kuantan, pagi tadi. – NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi dentuman berhampiran rumahnya adalah disebabkan jambatan runtuh di Taman Muhibbah/Taman Fairmont, di sini hari ini.

M Vasanthi, 30, berkata dia mendengar dentuman itu ketika menyiapkan anak untuk ke sekolah pada jam 6.20 pagi, namun hanya sedar ia kerana jambatan terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya runtuh.

“Suami keluar rumah pada jam 6.45 pagi dan menyedari jambatan itu runtuh. Bagi mengelak kejadian tidak diingini, suami memasang tali dan meletakkan ranting pokok sebagai tanda amaran,” katanya.



Penduduk, Liong Sing, 74, berkata kejadian diketahui jirannya pada jam 7 pagi sebelum mereka memaklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Bay Route.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang meninjau lokasi kejadian, sudah memaklumkan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Katanya, kejadian itu menyebabkan lebih 4,000 penduduk sekitar terjejas bekalan air akibat paip bocor.

“Alhamdulillah, syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Walaupun jambatan ini runtuh, penduduk sekitar masih ada laluan alternatif, cuma mereka harap jambatan ini dapat diperbaiki,” katanya.



Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria pula memaklumkan, jambatan itu runtuh akibat paip air pecah yang menyebabkan tanah mendap.

“Sehubungan itu, orang ramai, khususnya penduduk sekitar diminta menjauhi kawasan kejadian demi keselamatan,” katanya.

Banjir Johor jejas lima daerah, mangsa meningkat 1,780 orang



Jambatan runtuh jejas bekalan air lebih 4,000 penduduk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button