Rafique tak tahu beza UiTM, ITM
MUHAMMAD Rafique Rashid Ali dengan yakin menyebut ITM yang sepatutnya UiTM, terletak kira-kira 400 meter dari Seksyen 2, Shah Alam.
Oleh Azrin Muhammad
SHAH ALAM – Leka berkempen dan memancing undi, calon Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali dengan yakin berkata ITM terletak 400 meter dari Seksyen 2, Shah Alam yang sepatutnya Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kejadian berkenaan berlaku ketika Rafique ditemubual oleh salah sebuah media elektronik tempatan yang memberikan beliau peluang untuk menyampaikan idea-idea baharu termasuk manifestonya bagi komuniti Shah Alam.
“Pengundi 18 adalah pengundi buat kali pertama, ITM hanya 400 meter dari sini (Medan Selera Seksyen 2).
“This is the core of Shah Alam, not only in next 5 but 10 and 15 years, sebab itu saya selalu tekankan jentera saya” katanya dengan yakin, malam semalam.
Siaran secara langsung semalam telah mencapai 8,600 jumlah tontonan menerusi Facebook serta 54 emoji ketawa yang dipercayai kerana kesilapan fakta yang disampaikan Rafique.
Hal-hal seperti ini menggambarkan calon Pejuang ini tidak melakukan rujukan ketika mahu berdepan dengan masyarakat.
Nampaknya sikap ambil tahu dan mahu membela nasib anak muda hanya dilakukan semata-mata mahu memancing undi.