Krisis Dalaman Antara PPBM Dan PAS Dalam PN Terdedah

Krisis Dalaman Antara PPBM Dan PAS Dalam PN Terdedah

Ramai yang menyangka krisis dalaman antara PPBM dan PAS bermula apabila persetujuan MoU antara PPBM dan PH terdedah.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/11/16/mou-ph-dan-pn-untuk-membentuk-kerajaan-perikatan-harapan-selepas-pru-15/

Matlamat utama kerjasama antara PH dan PN tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang BN dari memenangi PRU 15 dan seterusnya membentuk kerajaan yang stabil.

Namun realitinya, krisis antara PPBM dan PAS rupa-rupanya sudah berakar umbi dan ibarat retak yang menanti belah.

Menurut mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka, Azalina Abdul Rahman, sepatutnya antara PPBM dan PAS saling berkerjasama antara satu sama lain bagi memastikan kemenangan PN dalam PRU 15.



Tetapi ‘kerjasama’ antara PPBM dan PAS seperti yang cuba diberikan gambaran kepada masyarakat luar adalah ibarat indah khabar dari rupa.

Malah memburukkan keadaan adalah PN tidak mendapat sokongan dari mesyarakat bukan Melayu, terutamanya Cina dan India.

Ada asasnya dakwaan Azalina kerana masyarakat Cina dan India masih lagi dilihat meragui PAS.

PAS masih lagi dilihat sebagai parti yang ekstrim kepada Islam dan akan mengenepikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.



Tanpa sokongan dari masyarakat Cina dan India, tidak mungkin calon PN mampu menang, apa lagi untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Penulis ingin tekankan kepada pengundi yang akan mengundi pada 19 November ini, terutamanya pengundi di parlimen Masjid Tanah.

Tidak ada gunanya kita memberikan kemenangan kepada hanya satu atau dua calon dari parti yang sudah pasti tidak dapat membentuk kerajaan selepas PRU 15.

Ini hanya akan menyumbang kepada keadaan politik yang tidak stabil sebagaimana di era Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional selepas PRU 14.



Jangan bazirkan undi kita dengan menyumbang kepada penubuhan kerajaan yang tidak stabil.

Pastikan kita memberikan undi kepada BN.

In Sya Allah, BN hampir pasti akan mampu membentuk kerajaan.

Dan undi kita akan menyumbang kepada kestabilan politik untuk kehidupan yang lebih baik.



 

Krisis Dalaman Antara PPBM Dan PAS Dalam PN Terdedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button