China kembali edar kandungan dan filem dari Korea Selatan

China kembali edar kandungan dan filem dari Korea Selatan

China kembali edar kandungan dan filem dari Korea Selatan

BEIJING: Platform penstriman China menyambung semula pengedaran kandungan dan filem dari Korea Selatan bermula semalam selepas menggantungnya selama hampir enam tahun, lapor pegawai Korea Selatan.

Menurut portal berita CNN, Seoul menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai tanda kesediaan Beijing untuk memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara.



Tapak penstriman China, Tencent mula mengedarkan filem oleh Pengarah Korea Selatan, Hong Sang-soo yang bertajuk ‘Hotel by the River’ awal bulan ini.

Beijing sebelum ini mengharamkan import filem-filem dan drama K-pop ekoran ketegangan melibatkan peluru berpandu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) milik Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Korea Selatan.

Seorang pegawai Korea Selatan berkata, perkara itu berlaku selepas sidang kemuncak baru-baru ini antara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dan Presiden China, Xi Jinping.

Sul-yeol dan Jinping mengadakan perbincangan bersemuka pertama mereka di Bali, Indonesia minggu lalu di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama.



Setiausaha akhbar Presiden Korea Selatan, Kim Eun-hye menekankan keperluan untuk mempromosikan pertukaran budaya antara rakyat pada mesyuarat itu, dan perkara itu disambut baik oleh Beijing menerusi perubahan di Tencent.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Hubungan antara Korea Selatan dan China tegang sejak beberapa tahun lalu berikutan pemasangan sistem THAAD di Korea Selatan pada 2017 untuk mengatasi ancaman peluru berpandu Korea Utara yang semakin berkembang.

Sebelum ini, China menegaskan radar berkuasa THAAD boleh mengintip ke ruang udaranya dan bertindak balas dengan menyekat perdagangan serta import kandungan filem dan budaya daripada Korea Selatan.

Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu



China kembali edar kandungan dan filem dari Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button