1,000 orang muflis dalam sebulan
1,000 orang muflis dalam sebulan
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 1,000 rakyat Malaysia dianggarkan muflis setiap bulan kerana tidak mampu melangsaikan hutang sejak kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, kesan pandemik Covod-19 masih terasa dan kenaikan OPR memudaratkan lagi keadaan rakyat.
“Hampir semua golongan umur termasuk dalam kategori yang boleh diisytiharkan muflis terutamanya usia antara 20 tahun hingga 50 tahun yang memiliki rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Sebelum ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), BNM membuat keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, iaitu kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini.
Berikutan kenaikan terbaharu itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.
“Mengapa pegawai bank enggan melakukan perundingan dan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat serta sama-sama mencari solusi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PH Dan PN Gagal Tubuh Kerajaan, Mengapa BN Yang Di Persalahkan?
- Muhyiddin Enggan Patuhi Titah YDP Agong!!!
- “Macam ni haaaaaa jadi PM” – Sajat
“Semasa melakukan pemasaran bagi pinjaman, banyak promosi yang ditawarkan tetapi bila tidak dibayar, bank tidak ambil peduli untuk berunding.
“Ini adalah kelemahan pegawai bank sendiri kerana tidak pernah turun padang dan bertanya kepada peminjam masalah yang dihadapi dan bagaimana boleh dibantu,” katanya.
Rosland berkata, beliau sendiri menerima 10 hingga 15 panggilan telefon setiap hari dan ini tidak termasuk pegawai-pegawai yang lain.
Katanya, kebanyakan mengadu nasib dan meminta nasihat, ada juga yang hampir bunuh diri kerana tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi disebabkan hutang.
“Dijangka keadaan akan lebih teruk sekiranya OPR naik ke 3.00 peratus pada Januari 2023, sudah pasti lebih ramai akan diisytiharkan muflis.
“Saya akan berjuang sehabis mungkin untuk membantu rakyat kerana saya percaya setiap permasalahan pasti ada solusinya,” ujarnya. – UTUSAN
1,000 orang muflis dalam sebulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan
- Surat ‘Sulit’ BN tersebar, siapa bocorkan?
- Ismail Sabri antara punca BN kalah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :