STAR sokong kerajaan perpaduan – Jeffrey

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terbuka untuk menyokong pembentukan Kerajaan perpaduan.

Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata parti itu menyifatkan cara terbabit ialah jalan terbabit menyelesaikan kemelut pelantikan perdana menteri, ketika ini.

“Berikutan kebuntuan politik yang sedang dihadapi rakyat dan mempertimbang cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan kerajaan perpaduan. Ini jalan penyelesaian terbaik buat masa ini.



“Bagi kami dalam STAR, kami terbuka untuk menyokong kerajaan perpaduan,” katanya hari ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri itu turut menekankan kerajaan jika perpaduan mahu berfungsi dengan baik, ia mesti bersifat inklusif dan membabitkan pemimpin Sabah dan Sarawak.

Katanya, mekanisme kerajaan perpaduan juga harus diwujudkan dengan jelas supaya ia berfungsi dengan cekap.

Beliau berkata, kestabilan negara juga perkara yang paling penting.



“Negara perlu maju ke hadapan. Bagi berbuat demikian, kita mesti mempunyai kestabilan,” katanya.

Selain itu, Jeffrey juga menyatakan beliau akan menyampaikan pendirian parti yang diterajui beliau kepada rakan sekutu lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada Selasa lalu, Al-Sultan Abdullah mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan perpaduan demi negara dan rakyat.

Seri paduka juga menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian kerajaan baharu itu.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading