Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen

Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen

DS Anwar Ibrahim sudah pun secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

Istiadat penganugerahan surat lantikan serta sumpah taat setia serta menyimpan rahsia telah selamat diadakan di Istana Negara semalam (24 November 2022).



Seharusnya seluruh rakyat Malaysia berlapang dada dan menerima berita ini dengan penuh kesyukuran.

Penulis bukanlah penyokong DS Anwar, tetapi penulis harus menerima berita ini dengan berlapang dada.

Rakyat dan negara sedang berada di ambang krisis ekonomi dunia dan krisis kekurangan bekalan makanan dunia.

Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia dijangka akan berhadapan dengan krisis yang sama.



Presiden Indonesia, Jokowi, menjangkakan pada tahun hadapan, lebih 60 negara akan muflis di mana 40 darinya hampir pasti menjadi muflis.

Baca di sini:

1) https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/22/ekonomi-66-negara-jatuh-meredum-pada-2023-jokowi/

2) https://www.liputan6.com/bisnis/read/4988860/jokowi-kutip-ramalan-bank-dunia-ekonomi-60-negara-bakal-ambruk-tengok-datanya



Tidak kira siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri, di saat ini kehadiran seorang perdana menteri adalah sangat penting untuk rakyat dan negara.

Negara memerlukan kerajaan yang absah untuk memacu ekonomi dan mengelakkan negara dari terjebak dalam kancah ekonomi dan kekurangan bekalan makanan dunia.

Untuk mempunyai kerajaan, seorang perdana menteri mesti dilantik terlebih dahulu untuk membolehkan beliau melantik kabinet beliau.

5 hari berlalu selepas PRU 15 melabuhkan tirainya, negara tidak mempunyai perdana menteri dan kerajaan yang sah.



Sekali Lagi Istana Negara Di Heret Untuk Selesaikan Masalah Ahli Politik

Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen

Kemelut politik ini turut mengheret pihak Istana Negara untuk menyelesaikannya selepas ianya tidak mampu diselesaikan oleh ahli politik.

Sepanjang 5 hari itu, rakyat berada dalam keresahan dan sentiasa berdoa agar ianya dapat segera diselesaikan.

Dengan menggunakan kuasa dan kebijaksanaan, YDP Agong menitahkan agar Majlis Raja Raja Melayu bersidang.



Tujuannya supaya kemelut politik ini dapat diselesaikan dengan bermesyuwarah selepas perbincangan dengan ahli politik gagal mencapai kata putus.

Kini keputusan sudah dibuat dan lantikan sudah pun diabsahkan, namun Muhyiddin masih lagi dilihat tidak berpuas hati.

Malah beliau mencabar Anwar Ibrahim supaya membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Apakah Muhyiddin fikir, baginda YDP Agong bertindak melulu dalam melaksanakan tanggungjawab baginda seperti dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan?



Atau Muhyiddin sudah hilang hormat dan kepercayaan kepada SPB YDP Agong?

Sudah sudahlah bermain politik dan berebut jawatan.

Jangan sampai kita menang bersorak tetapi kampung tergadai!!!

 

Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button