PN Mula Retak: PAS Dan PPBM Keluarkan Kenyataan Bercanggah Mengenai Tawaran Anwar

PN Mula Retak: PAS Dan PPBM Keluarkan Kenyataan Bercanggah Mengenai Tawaran Anwar

PN Mula Retak: PAS Dan PPBM Keluarkan Kenyataan Bercanggah Mengenai Tawaran Anwar

Persefahaman antara parti komponen di dalam Perikatan Nasional (PN) sudah mula menampakkan keretakan.

Sejurus sebelum Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, pengerusi PN, Muhyiddin Yasin, mencabar Anwar supaya membuktikan beliau mempunyai majoriti.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/25/muhyiddin-cabar-anwar-buktikan-ada-majoriti-sokongan-ahli-parlimen/

Ianya diikuti pula dengan kenyataan dari Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) yang mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak mempunyai keabsahan moral.

Baca di sini:



https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413862

Menurut Peja, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar merupakan percaturan politik antara Anwar (PH) dan DS Zahid (BN).

Namun dalam masa yang sama, Peja juga berkata kerajaan yang diterajui Anwar adalah kerajaan PH-DAP kerana PH didominasi oleh DAP.

Kita pun tidak pasti sama ada Peja beranggapan kerajaan sekarang adalah kerajaan percaturan politik atau kerajaan DAP.



Tetapi dalam perkembangan yang lain, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pula membuat kenyataan bahawa PAS bersedia untuk berunding dengan Anwar.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/645695

Apakah dengan kenyataan Takiyuddin itu membayangkan bahawa PAS akan meninggalkan gabungan Perikatan Nasional untuk menyertai kerajaan perpaduan.



Sekiranya ini berlaku, maka PAS yang memiliki 49 kerusi parlimen akan menjadi parti terbesar di dalam gabungan parti kerajaan perpaduan.

Namun begitu, apakah PAS akan tetap meneruskan hasrat tersebut sekiranya ia tidak dipersetujui oleh PPBM?

 

PN Mula Retak: PAS Dan PPBM Keluarkan Kenyataan Bercanggah Mengenai Tawaran Anwar

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading