Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin

Kahwin rahsia atau gimik?

Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin

Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin
TIADA angin tiada ribut, penyanyi Nabila Razali tiba-tiba memadam semua gambar di Instagram miliknya dan menggantikan foto yang memperlihatkan dia bersama seorang jejaka dalam persalinan baju pengantin berwarna putih.

Menerusi foto berbentuk kolaj itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah lelaki berkenaan yang berpakaian kasual rona sama dengan menampakkan bahagian seluar yang tertera jenama Christian Dior.

Lebih menimbulkan kesangsian peminat, Nabila turut menutup bahagian komen di laman sosial itu menguatkan lagi ada sesuatu sedang disembunyikan penyanyi tersebut.

Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin
Gambar berbentuk kolaj di Instagram Nabila.

Menerusi Instastory pula, Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Bella turut memuat naik beberapa lagi foto yang menunjukkan lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai selain jambangan bunga tangan.

Tidak hanya itu, Nabila turut memuat naik foto hitam putih yang memperlihatkan jejaka berkenaan memegang sebentuk cincin bersama seutas rantai.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada Nabila sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Atau pun, ia sekadar gimik bagi melancarkan lagu terbaharunya seperti mana pernah dilakukan sebelum ini.

Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Tags/Kata Kunci:
Nabila Razali, Nabila Razali buat gimik lagi, Bella persalinan perkahwinan, lagu baru Nabila, Peluang Kedua, Pematah Hati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button