Resepi Sambal Belacan Padu

Resepi Sambal Belacan Padu
Resepi Sambal Belacan Padu

 

Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti sejuk. Nak makan ceduk ambil sahaja. Mudah kan. Ada beberapa petua dalam resepi ni untuk dapatkan rasa sambal belacan yang sedap dan juga petua untuk tahan lama bila disimpan.

Texture sambal belacan ni kasar-kasar dan pekat, pedas dan juga wangi sangat dengan belacan dan bawang yang dibakar. Kalau tekak melayu, wajib ada bila makan, terutama sekali kalau nak makan gulai ataupun sup. Kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap lah. Jom cuba.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan sambal belacan:
    • 8-10 tangkai cili merah besar
    • 20-25 tangkai cili padi merah
    • 15 tangkai cili padi hijau
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang besar
    • 3 inci belacan
    • 1/2 cawan jus asam jawa
    • 1/4 cawan jus limau kasturi
    • 4 belah kulit limau kasturi
    • Garam secukup rasa
    • 2-3 sb gula
    • Sedikit serbuk seasoning, pilihan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Cili merah dan cili padi buang tangkai dan potong kasar.
    2. Bawang besar potong 4 bahagian. Bawang putih potong kasar.
    3. Limau kasturi dan limau nipis, belah 2, perah ambil jus dan tapis biji.
    4. Racik halus kulit limau kasturi. Pastikan tiada biji, takut nanti sambal pahit.
    5. Rendam asam jawa dengan air suam, ramas sebati dan keluarkan biji.
    6. Belacan boleh bakar atas api atau kuali. Kalau bakar atas api, cucuk belacan dengan garfu dan bakar sampai nampak sikit kesan terbakar dan naik bau.
    7. Untuk bakar atas kuali, letak belacan serta bawang besar dan bawang putih atas kuali dan masak sampai ada kesan terbakar. Angkat dan sejukkan.
    8. Masukkan dalam blender bawang bakar, belacan bakar, jus asam jawa, jus limau, garam, gula dan serbuk perasa (pilihan). Kisar halus.
    9. Masukkan hirisan kulit limau kasturi, cili merah dan cili padi. Kisar kasar
    10. Masukkan sambal dalam kuali dan masak sampai mendidih.
    11. Masukkan sambal dalam botol dan sejukkan sebelum tutup.
    12. Biarkan dalam suhu bilik dalam 5-6 jam untuk sambal mesra sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.

 



Tip:

 

  • Che Nom campur cili merah dalam sambal sebab boleh kawal tahap pedas, kalau suka lebih pedas boleh masukkan cili padi semua.
  • Potong limau melintang (bukan ikut urat tengah) supaya senang nanti nak keluarkan biji dan perah ambil jus.
  • Golek-golek limau sebelum potong untuk mudah perah jus.
  • Pastikan tiada biji limau sebelum kisar takut sambal pahit.
  • Gaul asam jawa dengan air suam untuk tahan lama.
  • Masak sambal sampai mendidih untuk tahan lama.
  • Untuk botol kaca, bilas dengan air panas dan keringkan sepenuhnya

Nasi Goreng Cili Padi Pedas

Resepi Sambal Belacan Padu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button