PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15

PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15

Video mengenai rasuah PRU 15 yang membabitkan seorang pemimpin PAS peringkat akar umbi dan pengundi tempatan sudah tular beberapa hari yang lalu.

Dalam klip video yang berdurasi 1:15 minit itu, sangat jelas pemimpin PAS tersebut menyuruh pengundi untuk bersumpah mengundi PAS sebelum memberikan duit rasuah PRU 15.



Ada beberapa nama penerima rasuah PRU 15 juga disebut dengan jelas.

Paling menyedihkan, pemimpin PAS tersebut memaksa pengundi bersumpah dengan menggunakan kalimah ‘WALLAHI’ untuk ‘menghalalkan’ perbuatan jijik tersebut!!!

Isu rasuah PRU 15 yang memperdagangkan kalimah ‘WALLAHI’ tidak hanya setakat tular di media sosial.



Di dalam DUN Terengganu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, meminta penjelasan dari ADUN Chukai, Hanafiah Mat, mengenai video yang viral itu.

Tetapi Hanafiah membisu seribu bahasa dan tidak mampu untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu tersebut.

Pengarah Pilihanraya PAS yang juga menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, menafikan video tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah.



Beliau sekadar mengatakan PAS tidak mempunyai duit untuk memberikan pengundi.

Kalau benar ianya fitnah, maka sebagai Pengarah Pilihanraya PAS, Sanusi sepatutnya membuat laporan polis untuk membersihkan nama PAS.

Dan kita tidak tanya sama ada PAS banyak duit atau tidak, kita mahu tahu sama ada video itu membabitkan PAS atau tidak.

Manakala Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat pula berkata, PAS hanya memberikan duit tambang untuk membantu pengundi.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1031749/pas-kelantan-nafi-syarat-undi-pas-sebelum-beri-duit-tambang-balik

Dan ianya tidak boleh dianggap sebagai rasuah pilihanraya.

Azam Baki: Duit Tambang Kepada Pengundi Adalah Rasuah

 



Tetapi mungkin Wan Roslan tidak tahu, Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pernah menyatakan pemberian duit tambang kepada pengundi adalah rasuah.

Tidak sukar untuk PAS membuat siasatan untuk mengenalpasti siapa yang menyuruh pengundi bersumpah.

Wajah beliau jelas, suara beliau jelas dan nama penerima pun jelas.



Kenapa PAS tidak berusaha untuk membersihkan nama PAS sekiranya benar-benar yakin bahawa itu adalah fitnah?

Atau PAS takut banyak lagi kejadian yang sama akan terbongkar!!!

 

PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button