Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana [VIDEO]

Drama dan filem semakin banyak ketengah watak berhijab

Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana [VIDEO]
TAMPIL berhijab sejak penghujung Oktober lalu, pelakon Intan Ladyana tidak melihat tindakannya menutup aurat akan menyekat peluang untuk terus berlakon dan menerima tawaran daripada produksi.

Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 40, berkata, banyak watak dalam drama atau filem pada masa kini sudah mengetengahkan jalan cerita dan pelakon wanita berhijab.

“Bagi saya kalau ada yang kata kurang watak apabila sudah berhijab itu adalah tak benar. Banyak jalan cerita yang menampilkan wanita berhijab.

“Malah rakan-rakan artis juga sekarang sudah ramai yang mula berhijab,” katanya kepada mStar.



Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana [VIDEO]
Intan memilih watak yang sesuai dengan imej dan status sebagai ibu.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia juga akan meletakkan batasan sebelum menerima tawaran lakonan supaya ia seiring dengan imej baharunya tersebut.

Malah isteri kepada pelakon Harris Alif itu memberitahu dia juga lebih memilih pakaian bersesuaian agar tidak keterlaluan dalam drama lakonannya seperti penampilan di khayalak ramai.

“Dalam berlakon kenalah ada batas. Ia perlu seiring dengan penampilan serta status saya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Gaya saya masih sama seperti dahulu cuma sekarang perlulah menutup aurat dan bersesuaian. Setiap pemilihan baju juga perlu sesuai dengan majlis cuma tidak boleh keterlaluan,” ujarnya.



Perjalanan hijrah saya ini tidaklah sukar. Insya Allah semoga berterusan.

INTAN LADYANA

PELAKON

Berkongsi perjalanan mula berhijab, Intan meluahkan rasa syukur kerana niatnya itu dipermudahkan.

Dia yang sebelum ini berkongsi gambar memakai tudung di laman sosial miliknya juga mendapat banyak pujian netizen serta rakan-rakan selebriti.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memberitahu kehidupannya kini berbeza selepas melahirkan anak pertama pada 1 Februari lalu.

Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana [VIDEO]



Bergelar ibu memberi satu pengalaman baharu buat Intan.”Saya baru sahaja berhijab. Perjalanan hijrah saya ini tidaklah sukar. Insya Allah semoga berterusan.

“Kehidupan sekarang agak hectic sedikit. Perlu uruskan masa untuk kerjaya dan keluarga. Kedua-duanya harus diberi fokus sebagai mungkin. Bagaimanapun saya enjoy dan ia adalah satu pengalaman baru buat saya,” jelasnya.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Evie Khadeeja.

Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 



Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button