Adik ipar ‘over manja’… makin dilayan, makin naik tocang!
Ada suami tapi minta abang bayar bil bersalin hospital swasta, CL
PEPATAH ‘air dicincang tak akan putus’ menggambarkan hubungan adik-beradik yang tak dapat dipisahkan meskipun sering bertelingkah dan berbeza pendapat.
Bagaimanapun, kadang kala terdapat juga adik-beradik yang gemar mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan seperti perkongsian seorang wanita di laman sosial baru-baru ini.
Segalanya dikatakan bermula kerana suaminya yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik terlampau prihatin dalam menggalas tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung.
Malah, dia sanggup melepaskan adik-adik yang lain berkahwin terlebih dahulu selain menaja setiap perkahwinan yang dilangsungkan.
“Suami dah complete semua dengan kerja dan gaji yang stabil, ada rumah, kereta dan motosikal.
“Jadi kami rancang buat kenduri sekali kerana mak mentua pun dah tak berapa kuat nak buat kenduri banyak kali. Tapi adik dia tak mahu,” luahnya.
Sudahlah ingin berasingan, dia meminta supaya kendurinya ditaja dengan alasan adik-beradik yang lain pun ditaja oleh si abang.
Tu duit laki kau dan minah pemalas tu adik dia… kalau si abang yang tukang cari duit pun tak bising, kenapa kau nak bising.
NETIZEN
Bukan itu sahaja, dia turut berlebih-lebih dalam segala hal sehingga mengambil perkhidmatan perancang perkahwinan (wedding planner) yang cajnya seperti hotel walaupun kenduri dibuat di rumah.
“Disebabkan kesian dengan suami, aku cadangkan kenduri kami dibuat secara kecil-kecilan dan tiada resepsi. Lagipun pengantin PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nikah pun ada had
“Kemudian, kami pergi bulan madu dan melancong menghabiskan masa bersama… rezeki murah kerana suami naik gaji, pangkat dan elaun semuanya.
“Aku pun kerja waktu pejabat seperti suami, jadi sering singgah rumah mak mentua. Kadang-kadang aku masak atau beli makanan kat luar, tapi adik ipar bongsu sering datang rumah untuk makan bersama,” katanya.
Menurutnya, sikap ‘manja’ adik iparnya itu semakin menjadi-jadi ketika sedang hamil sehingga meminta ditaja untuk bersalin di hospital swasta.
Malah dia membentak dan merajuk apabila kemahuannya tidak dituruti.
“Paling terasa apabila dia cakap ‘kakak tak mengandung lagi, mana tahu lepas belanja dia beranak kat swasta ni datang rezeki anak’.
“Tiba masa dia bersalin, dia pergi juga ke hospital swasta… kemudian dia hubungi suami aku, menangis-nangis minta bayarkan bil.
“Beberapa hari selepas itu, tiba-tiba dia dengan suami dan anaknya datang ke rumah aku sebab nak berpantang. Katanya ada pendingin hawa, baby tak boleh panas.
“Sampai tahap suami terpaksa upah CL (confinement lady) untuk jaga dan memasak,” luahnya yang mengakui tersiksa dengan sikap adik ipar berkenaan.
Susulan perkongsian tersebut, warganet menyuarakan pandangan masing-masing.
Apa yang menghairankan adalah rata-ratanya beranggapan wanita berkenaan tidak sepatutnya merungut kerana si abang sanggup berbelanja untuk adiknya.
“Aku rasa suami kau okay nak belanja adik dia, kau yang panas b****t cemburu? Perkara ni selagi suami kau tak tegur directly adik dia, aku anggap suami kau okay.
“As long as nafkah, rumah, keperluan kau semua cukup… why not! Tu duit laki kau dan minah pemalas tu adik dia… kalau si abang yang tukang cari duit pun tak bising, kenapa kau nak bising.
“Well, that’s your husband punya choice. As long as your needs tak terabai and that he prioritises your needs first and your husband choose to do so, I rasa tak ada masalah pun dia nak belanja adik dia.
“Dalam rezeki kita ada bahagian orang lain. Mungkin asbab suami suka memberi kepada adik-adik tu yang buat dia makin murah rezeki, selagi tiada tekanan emosi… okay la,” ujar beberapa netizen.
Adik ipar ‘over manja’… makin dilayan, makin naik tocang!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa hasil siasatan ‘Surat Karam’ Perak?
- Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN
- Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :