Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar

Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar

Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi mendedahkan terdapat cubaan untuk membatalkan pendaftaran UMNO di era pemerintahan Ismail Sabri.

Menurut DS Zahid, perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Dalam Negeri yang baharu, Saifuddin Nasution.



Menurut Saifuddin Nasution, terdapat sepucuk surat di atas meja Menteri Dalam Negeri yang mengarahkan supaya pendaftaran UMNO dibatalkan.

“Cubaan untuk membatalkan UMNO telah digagalkan,” jelas DS Zahid.

Baca di sini:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/12/12/zahid-says-attempt-to-deregister-umno-foiled



Sekiranya surat tersebut masih ada di atas meja Menteri Dalam Negeri, maka sudah tentu ianya dikeluarkan di era pentadbiran Ismail Sabri.

Tidak mungkin ianya adalah surat yang dikeluarkan oleh pentadbiran sebelum Ismail Sabri dan dibiarkan begitu sahaja begitu lama.

Maka timbul persoalan, dari siapakah datangnya arahan itu?

Arahan kepada Menteri Dalam Negeri sudah pasti datang dari perdana menteri atau orang yang menguasai perdana menteri.



Tidak mungkin arahan itu datangnya dari Ketua Pengarah RoS.

Sekiranya arahan itu datangnya dari Muhyiddin Yasin, maka sangat jelas, Ismail Sabri tidak mempunyai kawalan ke atas menteri kabinet beliau.

Dan sekiranya surat itu adalah atas arahan Ismail Sabri sendiri, apakah motif beliau mengarahkan supaya pendaftaran parti beliau sendiri dibatalkan?

Akar umbi UMNO menuntut supaya Ismail Sabri memberikan penjelasan mengenai pendedahan ini kerana beliau masih lagi Naib Presiden UMNO.



 

Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button