Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja
Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja
Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim memang dikenali sebagai seorang ahli politik yang suka melakukan tindakan populis.
Apabila berada di atas pentas politik, ketokohan beliau sebagai seorang orator yang mampu mempersonakan pendengar tidak boleh dinafikan.
Namun kini Anwar Ibrahim mesti ingat, beliau bukan lagi seorang pembangkang yang berada di atas pentas kempen politik.
Beliau kini adalah seorang perdana menteri.
Di atas bahunya kini terpikul nasib dan kehidupan lebih 34 juta rakyat Malaysia.
Kata-kata indah, lenggok bahasa yang mempersonakan tidak akan mampu mengisi perut rakyat yang kosong.
Janji yang ditaburkan tidak akan mampu untuk menghentikan tangisan anak yang kehausan susu.
Harga barangan keperluan harian kini semakin melambung tinggi, kos sara hidup rakyat kini melonjak ke paras yang paling tinggi dalam sejarah.
Kadar pengangguran masih lagi berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan.
Puluhan ribu anak muda yang akan keluar dari menara gading masih lagi tertanya-tanya apakah pekerjaan yang akan mereka perolehi nanti.
Apakah mereka akan mengisi jawatan yang sesuai dengan kelulusan mereka.
Atau mereka akan menambah bilangan ‘rider delivery’ di Malaysia atau mereka terpaksa berhijrah ke nagara asing untuk menjadi bibik atau pekerja pembersihan di sana.
Anwar masih lagi berdegar-degar membicarakan pentadbiran yang bersih, pentadbiran anti rasuah dan anti salah guna kuasa.
Tetapi hasil siasatan mengenai kes Nazlan, kes Pulau Batu Puteh, kes buku Tommy Thomas dan campurtangan politik dalam lantikan hakim masih lagi sepi.
Rakyat bukan mahu Anwar campurtangan dalam urusan kehakiman dan siasatan pihak berkuasa.
Tetapi rakyat mahu Anwar supaya membongkar salah guna kuasa dan campurtangan dalam badan kehakiman serta siasatan pihak berkuasa yang telah berlaku.
Sistem pentadbiran di Malaysia mesti dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.
Masa untuk bercakap dan beretorik sudah habis, sekarang masa untuk bekerja atau ‘walk the talk’.
Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar