Bah kuning jadi igauan penduduk Tanah Merah
Bah kuning jadi igauan penduduk Tanah Merah
TANAH MERAH: Banjir yang melanda daerah ini, mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk yang menyifatkan situasi kali ini agak luar biasa teruk.
Penduduk Kampung Padang Siam, Azila Shafie, 44, mendakwa keadaan banjir yang berlaku sekarang seakan sama yang berlaku sebelum tragedi Bah Kuning melanda pada 2014, namun mengharapkan musibah itu tidak lagi berulang.
“Hujan bermula sejak tengah malam tadi disusuli angin kencang dan saya terjaga pada jam 3 pagi sebelum mendapati air sudah naik di paras 0.3 meter di luar rumah manakala di bahagian dapur pula semakin dimasuki air.
“Saya terus mengejutkan ahli keluarga agar berkemas dan melakukan persiapan, termasuk mengalihkan kenderaan dan peralatan elektrik disimpan di tempat selamat.
Beberapa jalan utama dan alternatif di daerah ini juga dinaiki air menyebabkan kenderaan ringan gagal melalui jalan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, setakat ini bacaan di dua stesen paras air di Sungai Golok, Kampung Jenob sudah melebihi paras bahaya iaitu 25.06 meter (m) dan 25.09m.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
Beliau berkata, beberapa kampung termasuk Kampung Manal, Lawang, Bendang Nyior, Bukit Kecik dan Chawas adalah antara penempatan yang paling awal dilanda banjir.
“Saya menasihati penduduk yang terbabit dan masih belum berpindah agar segera ke tempat selamat atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
“Bagi yang sudah berpindah, mereka perlu kekal di sana dan jangan pulang ke rumah selagi keadaan belum dipastikan selamat kerana kita bimbang air sama ada dari hujan atau limpahan sungai akan melimpah masuk.
“Jika berlaku pada waktu malam, ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan proses penyelamatan dan agak berisiko juga buat kami,” katanya.
Sydney, Bangkok bakal dilanda bah besar dalam tempoh terdekat
Bah kuning jadi igauan penduduk Tanah Merah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :