Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi
KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pesisir pantai Kampung Tempurung, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke lokasi untuk aktiviti riadah bersama dua lagi rakannya.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sebelum dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun ditemui selamat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.
Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Dua mangsa yang sebelum itu dilaporkan ditemui dalam keadaan selamat manakala seorang lagi mangsa masih hilang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaaan air pada jam 5.54 petang menggunakan Bot Penyelamat bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, radius pencarian SAR dijalankan sekitar dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Setakat ini, mangsa masih gagal ditemui dan operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 7.07 malam.
“Operasi SAR akan disambung semula pada pagi esok dan sebarang maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :