Buruh didakwa kes amang seksual kanak-kanak usia 10 tahun
Buruh didakwa kes amang seksual kanak-kanak usia 10 tahun
ALOR SETAR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, awal bulan lalu.
Pengakuan dibuat lelaki berusia 56 tahun itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.
Tertuduh yang juga bapa kepada lima anak didakwa dengan maksud seksual memegang dada kanak-kanak yang memiliki hubungan persaudaraan dengannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8.40 malam di sebuah rumah di Mukim Guar Kepayang di Pendang, dekat sini, pada 10 Disember lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syaliati Mohd Sobri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan
- Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela
- Undi percaya, ‘Geng 10’ undi Anwar di Parlimen
Terdahulu Nor Syaliati memohon mahkamah menetapkan kadar jaminan RM15,000 ke atas tertuduh, namun lelaki itu memohon kadar jaminan dikurangkan berikutan hanya bekerja sebagai buruh dan isterinya pula adalah petani dengan mereka perlu menanggung lima anak.
Mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin terdiri ahli keluarganya sendiri dan tertuduh turut dikenakan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan 19 Januari depan
Buruh didakwa kes amang seksual kanak-kanak usia 10 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :