Suspek tembakan di pusat kebudayaan Kurdish di Paris dihantar ke pusat psikiatri
Suspek tembakan di pusat kebudayaan Kurdish di Paris dihantar ke pusat psikiatri
PARIS: Seorang lelaki Perancis yang disyaki membunuh tiga orang dalam serangan perkauman di pusat kebudayaan Kurdish di Paris dipindahkan ke unit psikiatri ketika rusuhan masih berterusan di ibu negara.
Pendakwa raya berkata, suspek berusia 69 tahun dikeluarkan daripada tahanan atas sebab kesihatan dan dibawa ke kemudahan psikiatri polis.
Tembakan di pusat kebudayaan dan sebuah salun dandanan rambut berhampiran semalam mencetuskan panik di daerah ke-10 paling sibuk di bandar itu yang turut menempatkan beberapa kedai, restoran serta kediaman penduduk Kurdish yang besar.
Tiga lagi cedera dalam serangan itu dan suspek dikatakan mengaku kepada penyiasat, tembakan itu dilakukan kerana dirinya yang bersifat perkauman.
Pendakwa raya Paris berkata, seorang doktor membuat pemeriksaan kesihatan terhadap suspek dan menganggapnya tidak serasi dengan prosedur tahanan.
Penahanan lelaki itu ditarik balik dan dia dibawa ke unit psikiatri polis sementara menunggu kehadiran di hadapan hakim ketika siasatan diteruskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
Ribuan komuniti Kurdish menyuarakan kemarahan terhadap perkhidmatan keselamatan Perancis, menyifatkan mereka tidak melakukan tindakan yang pantas untuk menghalang tembakan.
Kekecewaan memuncak pagi ini apabila penunjuk perasaan yang berang bertempur dengan polis di tengah Paris untuk hari kedua selepas perhimpunan penghormatan.
Ketua Polis Paris, Laurent Nunez memberitahu saluran televisyen BFM, 31, pegawai dan seorang penunjuk perasaan cedera dalam insiden itu manakala 11 orang ditahan kerana melakukan kerosakan.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, komuniti Kurdish di Perancis telah menjadi sasaran serangan yang menjijikkan dan mengarahkan Nunez untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat Kurdish hari ini.-AFP
Suspek tembakan di pusat kebudayaan Kurdish di Paris dihantar ke pusat psikiatri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jumlah dividen ASB semakin tidak menarik sejak ketiadaan Bossku.
- UMNO tidak perlu ulang silap lama
- Musuh UMNO pasti kecewa jika jawatan “Top 2” tidak dipertandingkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :