Kekacauan di Paris: Warga Malaysia diminta waspada

Kekacauan di Paris: Warga Malaysia diminta waspada

Kekacauan di Paris: Warga Malaysia diminta waspada
ENDERA Perancis yang dikibarkan di pintu masuk Istana Elysee di Paris pada Januari tahun ini. – AFP

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Paris menasihatkan rakyat negara ini berada di sekitar ibu kota Perancis itu agar lebih berwaspada susulan insiden buruk yang meletus.

Hantaran mengenai nasihat perjalanan tersebut turut dihebahkan menerusi laman sosial rasmi pejabat misi diplomatik berkenaan dalam bahasa Melayu dan Inggeris awal hari ini.

“Sehubungan kejadian berlaku di Paris, warga Malaysia yang berada di sini dinasihatkan supaya berhati-hati. Sila elakkan berada di kawasan demonstrasi dan rusuhan,” katanya.

Dianggarkan terdapat sejumlah lebih 1,000 rakyat Malaysia yang menetap di seluruh Perancis sama ada bekerja atau belajar di pelbagai pusat pengajian tinggi di negara Eropah itu.



Kelmarin, seorang lelaki bersenjata pelampau kulit putih warga tempatan berusia 69 tahun mengamuk dengan melepaskan tembakan rambang di dua lokasi berbeza di tengah Paris.

Suspek merupakan pesara pemandu kereta api milik kerajaan dan hanya dikenali sebagai William berjaya membunuh tiga individu selain mencederakan tiga orang awam lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Susulan itu, penduduk Kurdish melancarkan tunjuk perasaan ganas semalam dekat luar pusat kebudayaan Ahmet-Kaya yang diserang suspek serta bertempur dengan pihak polis.



Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi melindungi Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin yang meninjau lokasi insiden berdarah tersebut.

Situasi tegang itu menyaksikan pihak polis memperketatkan kawalan di kesemua premis ada kaitan etnik Kurdish dan juga kepentingan Turkiye di sekitar Paris menjelang Krismas.

Mengulas lanjut, rakyat negara ini yang memerlukan bantuan konsular di Perancis boleh menghubungi talian kecemasan pejabat kedutaan besar itu menerusi +336 3244 6571.

Misi diplomatik itu yang terletak di No.2, Bis Rue Benouville turut boleh dihubungi melalui e-mel rasmi [email protected] atau [email protected] bagi urusan konsular. – UTUSAN

Hakim nasihat bekerjasama kongsi maklumat Kes Bella



Kekacauan di Paris: Warga Malaysia diminta waspada


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading