Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

Skandal Menara KL, Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

Pada hemat penulis, pendedahan yang dibuat oleh beberapa portal mengenai skandal Menara KL, hanyalah satu pendedahan.

Baca di sini:



 

Kebanyakan penulis hanya mahu supaya Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang supaya melakukan siasatan secara tuntas.

Setiap sen yang diambil dari perbendaharaan negara secara tidak sah, mesti dikembalikan semula dan orang yang bertanggungjawab mesti diheret ke muka pengadilan.

Tidak ada satu pun portal yang membuat tuduhan ke atas mantan menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Annuar Musa.



Pendedahan dibuat kerana rakyat berhak untuk tahu bagaimana boleh berlakunya ketirisan (sekiranya ada).

Siapa yang bertanggungjawab merompak duit rakyat.

Tetapi satu perkembangan yang agak menarik, apabila mantan menteri Komunikasi dan Multimedia dilihat seolah-oleh menggelabah.

Beliau dengan segera membuat kenyataan penafian bahawa skandal itu tiada kaitan dengan kementerian yang beliau terajui dahulu.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/649518

Memang betullah apa yang dikatakan oleh Annuar Musa.

Cuma kita hendak tahu:



  • Bagaimana tender yang menguntungkan itu boleh diberikan kepada syarikat yang bermasalah seperti Hydrashoppe?
  • Bagaimana kepentingan Telekom di dalam Menara Kuala Lumpur boleh dijual dengan harga yang jauh di bawah pasaran?
  • Apakah ada kepentingan pihak tertentu di dalam Lembaga Pengarah Hydrashoppe hingga mendapat layanan VVIP sebegitu?

Sebaiknya Annuar Musa berikan ruang yang secukupnya kepada kerajaan dan SPRM untuk melakukan siasatan terperinci.

Relaks TS Annuar Musa.

Sementara Annuar Musa tunggu hasil siasatan, penulis belanja satu lagu dari Altimet.



 

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button